Home Tulisan Agama Ramadhan 1430 Hijrah
formats

Ramadhan 1430 Hijrah

Published on August 22, 2010 by in Agama

Umat Islam kini memasuki Madrasah Ramadhan 1430 Hijrah dan menunaikan ibadat puasa sebagaimana tertera pada Rukun Islam yang lima.

2 Syaaban tahun kedua Hijrah, Allah s.w.t. telah mensyariatkan ibadat puasa melalui firman-Nya dalam ayat 183 dan 184 surah Al-Baqarah.

“Wahai orang-orang yang beriman, puasa itu telah diwajibkan ke atas kamu sebagaimana ia telah diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu, mudah-mudahan (dengan puasa itu) kamu bertaqwa. Iaitulah pada hari-hari yang ditetapkan. Barangsiapa dari kalangan kamu yang sakit atau bermusafir, maka gantilah puasa yang kamu tinggalkan itu pada hari-hari yang lain (di luar bulanRamadhan). Dan wajiblah ke atas mereka yang tidak berdaya untuk berpuasa itu membayar fidyah iaitu memberi makan kepada seorang miskin. Maka barangsiapa yang melakukan kebaikan itu secara sukarela maka ia adalah suatu kebaikan bagi dirinya. Sesungguhnya berpuasa itu adalah lebih baik bagi kamu, jika kamu mengetahui”.

Aisyah r.anha. meriwayatkan, sebagaimana tertera dalam Sahih Bukhari dan Muslim, bahawa selepas turunnya ayat-ayat ini, maka amalan puasa pada 10 Muharam sebelumnya yang dikenal sebagai Hari Asyura menjadi amalan sunat dan kewajipan berpuasa jatuh pada sepanjang Ramadhan.

10 Muharam adalah hari di mana Nabi Musa a.s. berpuasa sebagai tanda syukur kepada Allah s.w.t. yang menyelamatkannya dan kaumnya dari serangan Firaun. Hal ini disampaikan oleh orang-orang Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. saat Baginda tiba di Madinah semasa peristiwa Hijrah. Seraya Rasullullah s.a.w. menyatakan “Sesungguhnya kami (umat Islam) adalah lebih berhak ke atas Nabi Musa berbanding kamu†. Lalu Baginda SAW berpuasa pada 10 Muharram dan memerintahkan seluruh umat Islam supaya berpuasa sama.

Saya berhasrat memuatkan beberapa catatan di AminAhmad.com sepanjangRamadhan ini agar ia menjadi madrasah penting untuk saya dan kita semua.

Sempena 1 Ramadhan 1430 Hijrah, saya ingin mengucapkan kepada rakan-rakan muslim: Selamat Mengharungi Madrasah Ramadhan dengan segala keberkatannya. Semoga ia menjadi madrasah yang membantu kita menjadi insan yang lebih baik berbanding sebelum ini.

Kepada rakan-rakan bukan muslim, semoga Ramadhan ini anda berpeluang menemukan akhlak muslim pada peribadi muslim sebagai sebahagian hasil Madrasah Ramadhan ini. Dalam realiti kemajmukan Malaysia, mungkin ia peluang terbaik untuk prinsip lita’arafu atau saling berkenalan dan memahami itu dapat digiatkan.

Wallahu’alam.

 
 Share on Facebook Share on Twitter Share on Reddit Share on LinkedIn
No Comments  comments 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© copyright aminahmad · by shujiokishima
credit