Amin Ahmad

1 Syawal 1431 Hijrah
Saya dan isteri ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya ‘Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin kepada seluruh muslim. Semoga dengan kehadiran Syawal akan memberikan kita kekuatan untuk sentiasa menambah-baik diri dan persekitaran kita untuk manfaat bersama.

Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahilhamd.

Pertanian dan Agenda Masa Depan
Mungkin saya antara orang yang gembira ketika Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi (kini Tun) mengumumkan agenda mentransformasi sektor pertanian negara ketika beliau masih menjawat kedudukan Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai seorang anak muda yang membesar dalam pembangunan terhad di Utara tanah air, sektor pertanian bolehlah dianggap dekat kehidupan saya.

Saya yakin ramai rakan di kampus dulu gembira dengan usaha ini. Bidang pengajian akademik kami – Perhutanan, Pertanian dan Perladangan misalnya – bukanlah satu bidang yang glamor atau popular yang ingin dipohon oleh anak muda dewasa ini ketika mahu mengisi permohonan ke universiti.

Waktu itu sering kedengaran kempen “Pertanian adalah Perniagaan” dan saya dapat melihat bagaimana rakan-rakan khususnya yang terlatih dalam bidang pertanian kelihatan sangat ceria kerana mereka sedar bahawa pengetahuan dan kemahiran mereka amat diperlukan serta dihargai.

PERANAN PERTANIAN DALAM PEMBANGUNAN

Hakikat yang sukar dinafikan, pertanian telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan negara sejak dahulu. Ini ditandai dengan sejumlah penubuhan institusi kerajaan seperti FELDA, FELCRA, RISDA, MARDI, MADA dan sebagainya.

Kebetulan Krisis Makanan meledak pada tahun 2007 dan 2008 berikutan kenaikan harga makanan. Malaysia tidak menanti lama untuk membangun Dasar Jaminan Makanan Negara (2008–2010) dengan peruntukan yang agak besar, sekitar RM5.6 billion kepadanya sebagai langkah pro-aktif berdepan situasi yang mungkin tidak dijangka ini.

Antara lain, matlamatnya ialah untuk meningkatkan pendapatan para pengusaha pertanian (termasuk penternak dan nelayan), menguruskan tanah secara bersepadu, membangun teknologi yang sesuai serta mengecilkan jurang import dan eksport makanan.

Kini kita sudah berada di tahun 2010 dan saya tidak pasti sejauh mana kita telah berjaya mencapai hasil yang boleh dibanggakan.

Meskipun secara relatifnya Malaysia belum berdepan dengan situasi sebenar krisis ini, tempiasnya sudah mula dirasakan. Kita berdepan dengan situasi yang menuntut disiplin pemikiran serta sikap yang jelas untuk menangani pelbagai isu serentak.

CABARAN

(i) Penyelarasan harga minyak:

Realiti kekurangan stok minyak tetap akan datang kepada kita ketika ramai percaya bahawa subsidi adalah penyelesaian tuntas kepada masalah kenaikan harga makanan yang didorongnya. Pertanian memerlukan bahan api dalam banyak bentuk khususnya pengangkutan dan ini menyumbang kepada kos yang menaikkan harga makanan.

Tidak hairanlah Majalah TIME pernah menerbitkan sebuah artikel lewat tahun 2007 yang menjangka krisis makanan akan menjadi krisis lanjutan daripada krisis minyak.

(ii) Sumber terhad:

Selain daripada masalah jangkaan sumber minyak yang terhad, Malaysia juga akan berdepan dengan terhadnya sumber tanah akibat persaingan guna tanah untuk pelbagai tujuan – perumahan, pembangunan dan sebagainya.

Bidang Perhutanan Tani di Malaysia secara relatifnya terlalu baru – ia dimasukkan dalam Dasar Pertanian Negara yang Ketiga (DPN3) yang dibentuk untuk perlaksanaan daripada tahun 1998-2010.

(iii)	Pertambahan penduduk:

Malaysia memang mempunyai dasar pertambahan penduduk yang dibentuk semasa zaman kepimpinan Dato’ Seri Dr. Mahathir (kini Tun) yang mensasarkan pertambahan kepada 70 juta orang. Jumlah ini mungkin tidak dicapai dalam tempoh singkat. Sejak 1957, daripada sejumlah 6.27 juta rakyat,

Malaysia kini mempunyai bilangan penduduk sekitar 27 juta orang. Corak pertambahan penduduk di Malaysia ialah sebanyak 2 hingga 3 peratus iaitu sekali ganda untuk setiap 20-25 tahun.

(iv)	Situasi ekonomi yang tidak menentu:

Ia mungkin tidak membicarakan persoalan pertanian secara langsung, tetapi kesannya tetap ada kepada sektor pertanian sama ada berkaitan soal produktiviti atau dalam maksud yang luas berkaitan kehidupan manusia itu sendiri.

MENANGANI CABARAN BARU INI

Secara umumnya, saya berpendapat harga makanan pada masa akan datang tidak lagi akan semurah yang mungkin diperolehi kini. Namun, isunya di sini ialah sama ada kenaikan ini memang sepenuhnya buruk? Jika buruk, bagaimanakah kita dapat menanganinya?

Di Malaysia, mengambil perbandingan tahun 1990 dan 2005, peruntukan pertanian merosot hampir 12%. Dalam satu kertas kerja yang dibentangkan oleh wakil Institut Kajian Dasar dan Pertanian Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), kes di Malaysia menunjukkan pertanian dan makanan diabaikan kerana tiada inovasi baru dibuat selepas Revolusi Hijau disebabkan kerajaan mengejar pertumbuhan melalui sektor industri.

Rakyat Malaysia tentu sekali ingat bagaimana Perdana Menteri Malaysia ke-empat menukar nama Universiti Pertanian Malaysia kepada Universiti Putra Malaysia pada waktu itu.

Empat perkara yang saya nyatakan di atas boleh diperbincangkan lanjut.

(i) Harga minyak mengikut pasaran mempunyai aspek positif:

Kita harus berani mengakui bahawa pergantungan kepada hasil minyak semata-mata boleh membawa kebinasaan kepada masa depan yang tidak pasti. Dalam konteks ekonomi, harga mempunyai peranannya tersendiri untuk mengawal tingkah laku manusia dalam berbelanja.

Kita sering mendengar bagaimana pembaziran makanan berlaku akibat ianya terlalu mudah diperolehi pada harga yang murah. Hakikat bahawa realiti ini turut memberi kesan kepada golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan bekalan makanan tidak boleh dinafikan.

(ii) Sumber – tanah, teknologi dan manusia:

Saya tertarik dengan agenda Kerajaan Negeri Selangor yang mahu menggandakan pendapatan para petani di negeri termaju tersebut. Ini sedang cuba diusahakan dengan menggalakkan penggunaan teknologi oleh para petani.

Slogan “berdaya maju sendiri” yang dilaungkan Pak Lah semasa Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro-Pelancongan Malaysia (MAHA 2006) itu mempunyai makna yang cukup besar jika hasil pertanian tidak banyak ditumpukan kepada negara, tetapi lebih banyak memberi hasil kepada para pengusaha pertanian itu sendiri.

Ini sama dengan realiti pengusaha FELDA yang terus dihimpit kesukaran dalam realiti FELDA terus maju sebagai sebuah institusi.

Saya punya keyakinan bahawa graduan pertanian yang kian ramai dewasa ini mampu melakukan satu anjakan dalam industri ini sekiranya hak pemilikan tanah untuk diusahakan dapat dipermudah.

Mereka terdedah dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi dan wajarlah mereka dikedepankan untuk menggembeling potensi pertanian.

(iii) Import dan Eksport:

Monopoli oleh BERNAS misalnya serta pasaran yang dilindungi oleh kerajaan sebenarnya menyumbang kepada kenaikan harga makanan. Kita tidak wajar ‘memaksa’ rakyat membeli beras tempatan ketika ada pilihan lain yang lebih baik dan mampu dimiliki.

Apatah lagi ‘paksaan’ ini berlaku dalam realiti penstrukturan gaji di Malaysia terlalu lemah di mana pendapatan sebenar (real wages) rakyat itu kritikal.

Mungkin kini kita belum berdepan dengan realiti sebenar permasalahan kita meski bayangannya sudah kelihatan nyata. Isu ini memang tidak mudah, tetapi kita mesti berani meninjau potensi buruk dan baik yang ada di hadapan kita.

Artikel ini disiarkan kali pertama di MStar Online

Wacana Ekonomi Islam: Zakat
Saya masih ingat sekitar tahun 2007, ketika membantu Open Dialogue Center (ODC) menggerakkan beberapa siri program pendidikan ekonomi. Salah satu program dianjurkan bersama Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI), sebuah badan intelektual yang dianggotai ramai cendekiawan muslim, khususnya para pendokong agenda islamisasi ilmu pengetahuan.

Sebagaimana selalu didengar, ramai cendekiawan muslim cuba mempopularkan istilah ‘ekonomi Islam’ dan ia tidak terkecuali dimunculkan dalam program yang dijalankan tersebut. Terlepas sama ada kita mahu bersetuju dengan keabsahan istilah tersebut, secara realiti ia mudah diterima oleh majoriti muslim, jika tidak semua.

Muslim di seluruh dunia kini sibuk mengambil manfaat sempena kehadiran bulan Ramadhan. Menjelang berakhirnya ‘bulan ibadah’ ini, muslim sering diingatkan untuk menunaikan zakat fitrah, satu daripada tuntutan zakat yang wajib dalam ajaran agama Islam.

Zakat adalah satu daripada aspek yang selalu dibincangkan dalam keluasan wacana ‘ekonomi Islam’. Satu daripada contoh popular sering disebut ramai ialah tentang hebatnya ‘ekonomi Islam’ di mana wujud satu keadaan tidak ada sesiapa yang layak menerima zakat!

Dakwaan tersebut tentulah berbunyi gah dan menyuntik rasa bangga muslim. Hal ini diberitakan berlaku di zaman kekhalifahan Umar bin Abdul Aziz. Sejauh mana ia benar berlaku tidak dapat dipastikan dengan jelas. Tidak ada perincian tentang dakwaan ini dan untuk saya ianya masuk ke wilayah dakwaan popular untuk memanggil sentimen muslim.

Pada hari ini, ternampak muslim hanya sekadar mampu mengatakan “jika sistem zakat dilaksanakan dengan betul, pasti tidak timbul lagi masalah kemiskinan”. Ini juga satu lagi dakwaan yang tidak jelas. Pertama, ia mengandaikan wujudnya perlaksanaan tidak betul tanpa perincian dan kedua, kepastian bahawa tidak timbul lagi masalah kemiskinan itu adalah satu dakwaan yang boleh dilihat sebagai berlebihan.

Ini mengingatkan saya kepada allahyarham Syeikh Azmi, mantan mufti di negeri Pulau Pinang yang menyertai Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) selepas Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipecat. Satu daripada pandangan beliau yang saya fikir penting untuk diteliti ialah persoalan agihan zakat. Beliau mendakwa wujudnya lebihan wang zakat di negeri-negeri tertentu atas alasan semua yang layak, mengikut asnaf zakat, telah menerima bantuan.

Saya yakin alasan ini tentulah sukar diterima oleh muslim. Pertama, ia seolah-olah membayangkan bahawa masalah kemiskinan itu sudah selesai. Kedua, muslim percaya bahawa kutipan zakat untuk tahun tertentu mesti dihabiskan pada tahun itu juga. Ketiga, sebagaimana dicadangkan oleh allahyarham Syeikh Azmi, lebihan ini sebenarnya boleh dipanjangkan ke negeri-negeri lain. Keempat, sebanyak manakah ia benar-benar telah diagihkan? Terakhir, pernah berlaku debat dalam negara kita, sama ada ia boleh diberikan kepada bukan muslim atau tidak. Sekurang-kurangnya, lima perkara ini boleh dan patut dibincangkan oleh para ilmuwan muslim.

Persoalan pertama yang dinyatakan di atas mempunyai persoalan kritikal terhadap dakwaan “pengalaman di zaman khalifah Umar bin Abdul Aziz”. Banyak latar sejarah perlu ditekuni untuk kita melihat realiti populasi dengan segala kerencamannya dan membolehkan persoalan ini difahami secara tuntas. Jika tidak, sebagaimana dinyatakan sebelum ini, ia tidak lebih daripada sekadar dakwaan.

Persoalan kedua adalah relevan sekiranya kita benar-benar meneliti asnaf penerima zakat yang dibenarkan di dalam ajaran agama Islam. Persoalan ketiga, terkait dengan persoalan kedua, menambahkan sifat mustahil pada realiti lebihan wang zakat ini, jika benar. Persoalan keempat juga mempunyai perkaitan tidak langsung dengan persoalan kedua dan ketiga kerana ternampak agihan zakat ini berlaku secara buruk akibat sistem pentadbiran berpusat sehinggakan belanja pengurusan, melalui asnaf fisabillillah (berjuang atas nama Allah s.w.t.) telah mengambil bahagian yang besar (bahkan sehingga separuh!) daripada kutipan zakat ini!

Yang kelima, paling kontroversi selepas Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid bin Ibrahim pernah mengutarakan pandangan untuk menggunakan dapatan zakat bagi tujuan-tujuan pembangunan. Ini pernah mencetuskan kontroversi sehingga Dr. Mohd Asri Zainul Abidin yang ketika itu menjawat kedudukan mufti negeri Perlis tampil menjelaskan keadaan, meski ramai mungkin berat menerimanya.

Persoalan kelima ini tidak terhenti di situ. Saya mengesan lebih daripada perihal pembangunan kerana persoalan sebenar yang tidak ditangani ialah bagaimana pemberian zakat boleh digunakan untuk pengecualian cukai di Malaysia oleh muslim sambil kutipan zakat ini hanya diagihkan di kalangan muslim. Ini secara tidak langsung menghadirkan elemen ‘ketidakadilan berasaskan agama atau kaum’ dalam realiti sosial masyarakat Malaysia.

Saya yakin persoalan terakhir ini mempunyai keabsahannya tersendiri. Mungkin tidak disedari tetapi ianya berlaku. Ini turut mengingatkan saya akan pengenalan cukai kharaj oleh Kerajaan Negeri Terengganu semasa kepemimpinan Tuan Guru Haji Hadi Awang selepas Pilihan Raya Umum pada tahun 1999. Meskipun saya percaya beliau bermaksud baik, hakikat bahawa tindakan itu dilihat sebagai penambahan beban cukai kepada bukan muslim telah menonjolkan kelemahan muslim dalam mengenengahkan geist sebenar maksud kehadiran agama.

Memang agak merisaukan apabila saya sendiri berpengalaman berdepan dengan kesungguhan seorang anak muda yang sering melecehkan ‘epistemologi Islam’ orang lain (bahkan sebilangan ilmuwan muslim juga tidak terkecuali!) kerana berasaskan keyakinan bahawa dirinya memiliki keutuhan ‘epistemologi Islam’, beliau pernah mendakwa bahawa cukai Jizyah dalam Islam (cukai bersifat perlindungan) adalah bukti bahawa ‘elemen perkauman’ itu dibenarkan.

Itu mungkin hujah para pendokong semangat ‘perlindungan kaum’. Elemen wajib pada zakat juga pernah dijustifikasikan sebagai ‘kuasa kerajaan untuk membuat kutipan’. Satu lagi aspek berkaitan dan sering dipanjangkan sebagai hujah oleh para pendokong aliran ekonomi klasik ialah kadar kutipan zakat yang cukup rendah, sekitar 2.5% berbanding kutipan tinggi cukai sebagaimana berlaku pada zaman ini di banyak tempat sehingga mewujudkan masalah ‘perangkap pendapatan pertengahan’ (middle-income trap).

Daripada penjelasan di atas, saya merumuskan bahawa wujud keperluan untuk muslim merenung semula ke dalam diri sendiri untuk memperteguh gagasan ‘ekonomi Islam’ dengan menyemak semula amalan kutipan dan agihan zakat ini. Apa yang boleh ditawarkan ialah:

1. Hapuskan kebanyakan cukai yang selama ini cukup membebankan rakyat dan perkenalkan kadar cukai yang setara dengan zakat. Kadar zakat yang rendah jelas tidak menjustifikasikan kuasa besar kerajaan dalam hal kutipan hasil.

2. Meskipun kadar kutipan zakat secara relatifnya rendah, nilainya tidak semestinya sedikit. Di Malaysia, ratusan juta wang zakat dikutip hanya di sebuah negeri! Justeru, segala bentuk kegunaan zakat ini dijelaskan secara terang dan nyata agar ia boleh disemak-imbang untuk manfaat yang optimum kepada semua asnaf yang layak menerimanya dan bukan dihabiskan untuk membuat papan tanda atau kain rentang iklan mengenai kewajipan berzakat serta gambaran bahawa institusi zakat telah dan sedang melakukan sesuatu.

3. Adalah wajar sistem pengurusan zakat secara berpusat diminimakan atau dihapuskan. Kutipan zakat yang dibuat di peringkat kampung, mukim, daerah dan sebagainya harus diuruskan di peringkat tersebut. Pengurusan berpusat boleh meningkatkan kos dan tempoh pengurusan yang boleh dimudahkan.

4.         Berasaskan semangat sebenar zakat, lebihan kutipan di ‘kawasan maju’ boleh diluaskan agihannya di kawasan memerlukan.

Akhir sekali, saya berpendapat bahawa muslim seharusnya lebih sensitif dengan persoalan keadilan, kebebasan serta kesama-rataan. Semua nilai-nilai besar dalam sejarah pengalaman perkembangan ajaran Islam serta peradaban dunia ini tidak wajar dibicarakan secara cetek, tetapi harus meresap dalam dan jauh kepada fikiran dan amalan kita seharian. Untuk muslim, ini tidak terlepas daripada persoalan amanah dan dakwah. Tanpa bukti alternatif berasaskan petunjuk sistem pengurusan cemerlang serta kesan berganda daripadanya, kita akan terus bermain dengan slogan serta kisah-kisah muluk tentang indahnya ‘ekonomi Islam’.

Saya fikir zakat mungkin isu pemula untuk sebuah wacana ‘ekonomi Islam’ yang segar sebelum persoalan lebih kompleks seperti wang emas dibincang-bahaskan. Ciri-ciri ini nanti akhirnya harus diintegrasikan sebagai sistem untuk pentadbiran.

Wallahu’alam.

Tulisan ini disiarkan kali pertama di laman rasmi Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS)

Ramadhan 1431
Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Saya mengucapkan Selamat Berpuasa kepada seluruh umat Islam yang wajib menunaikan tuntutan Rukun Islam ke-3 pada tahun ini, 1431 Hijrah.

Laman AminAhmad.com ini sedang melalui fasa penambahbaikan, itu pun mungkin mengambil sedikit masa untuk diselesaikan dek banyak tuntutan lain yang perlu dihabiskan. Ada beberapa tulisan yang sudah siap tetapi belum dimuat-naik.

Doakan semuanya dipermudahkan.

Terima kasih kerana berkunjung.

Anwar dan Yahudi
2 JULAI — Hari ini kecoh di ruang berita tentang hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Yahudi. Ia boleh diakses di laman berita Washington Post.

Sebenarnya, kisah hubungan Anwar dengan Yahudi ini bukanlah baru. Ia telah dijadikan bahan kempen oleh pihak tertentu sebaik saja Anwar disingkirkan daripada kerajaan. Biro Tata Negara (BTN) juga tidak terlepas daripada menggunakan isu ini untuk meraih sokongan politik kepada kerajaan (baca: secara tersiratnya Umno).

Isu ini rumit kerana kebencian kepada Yahudi ini, bagi sesetengah kalangan Muslim, adalah satu kebencian bersifat teologi. Setinggi mana pun ilmu yang mungkin anda gunakan, sentimen kebencian terhadap Yahudi kerana faktor sejarah yang banyak, tetap ada. Tanyalah mana-mana saja Muslim di Malaysia, baik yang mengikuti perkembangan semasa atau pun tidak.

Cuma sejak kebelakangan ini, khususnya sejak Reformasi 1998, muncul kelompok yang disebut “liberal” bangkit dengan penolakan sentimen buta terhadap Yahudi.

Bagi kelompok “liberal”, kebencian kepada Yahudi adalah satu bentuk perkauman yang beralaskan sentimen agama. Maka ditawarkan istilah Zionis sebagai pembeza. Ruang kelabu di sinilah yang nanti jadi pembeza utama. Rujuk berita yang memaparkan jawapan Anwar secara ringkas. Kemudian, rujuk pula dua segmen Yahudi yang berbeza pendapat tentangnya: satu di sini dan satu lagi di sini.

Ia sebenarnya rumit untuk dijelaskan. Malaysia mungkin dianggap Muslim sebagai sangat Islam dengan larangan lawatan ke Israel dan halangan mewujudkan kedutaan Israel di sini, meski kita bersama sejumlah negara umat Islam lain yang membenarkan hal itu berlaku dalam realiti negara-negara umat Islam umumnya simpati kepada Palestin dan membenci kezaliman Israel.

Saya sendiri menghadapi persoalan ini ketika bertandang ke Amerika pada tahun 2008 dulu. Tetapi, pertanyaan itu hanya berkisar soal pandangan Muslim Malaysia kepada Amerika. Jawab saya ialah Muslim Malaysia menghargai semua hal yang baik dibuat Amerika, namun rasa curiga tetap hadir kerana Amerika bersikap dwi-piawai apabila isunya berhubung dengan Israel-Palestin. Rakan saya, dari atas kerusi rodanya, perlahan mengaku bahawa hubungan niaga antara Amerika dan Israel adalah satu hambatan.

Di tengah kemarahan Muslim terhadap kejadian sempena bantuan untuk Palestin baru-baru ini, tentulah isu Anwar dan Yahudi ini boleh memberi skor yang banyak secara politiknya. Sekurang-kurangnya, keraguan terhadap Anwar itu dapat diwujudkan.

Sebenarnya isu berita Anwar dan Yahudi yang dicanang di berita utama media sehari dua ini hanyalah satu lagi tindakan desperado politik. Kenapa saya katakan begitu? Mari kita bincangkan.

Pertama, saya mahu mengambil itu sebagai asas perbincangan.

1. Ia ditulis oleh seorang Yahudi juga, tetapi ini bukan soal yang besar sangat buat saya. Menjadi persoalan-nya bagi saya ialah sikap selektif sebahagian kita.

i. Membenci Yahudi dan pada masa yang sama menelan bulat berita yang ditulis oleh seorang Yahudi.

ii. Membenci Yahudi tapi diam ketika isu APCO dibawakan ke Parlimen Malaysia, bahkan berdolak-dalik tentangnya. Lebih dahsyat lagi ialah apabila Utusan cuba menjustifikasikannya.

iii. Lebih dahsyat lagi, gambaran umum membenci Yahudi, tetapi kontrak tetap diberikan kepada anasir Yahudi-Zionis.

Kerumitan ada di sini dalam bentuk penerimaan kita terhadap Yahudi kerana memang ada Yahudi yang menolak Zionisme. Ruang kelabu yang sukar di sana akhirnya digunakan sebagai jalan memupuk sentimen politik, tetapi dalam bentuk yang selektif.

Saya fikir, ketika Anwar membentangkan isu APCO, secara jelas beliau menerangkan bagi dirinya isu sebenar ialah isu keselamatan negara. Saya pernah ditanyakan kenapa Anwar sibuk benar dengan APCO sedangkan mereka ialah perunding biasa sebagaimana yang lain. Jawab saya “Ya, mereka mungkin sebuah syarikat perunding yang menjalankan operasi sebagaimana perunding biasa. Namun, latar belakang keterlibatan sebilangan mereka dalam organisasi yang bersifat ‘lebih daripada biasa’ itu cukup untuk dijadikan asas penolakan.”

2. Jika kita memahami penulisan artikel berkenaan, kita tahu apa yang cuba didorong oleh penulis artikel berkenaan. Ini mungkin memerlukan kemahiran membaca artikel untuk membolehkannya berlaku. Rujuk dua perenggan awal dan dua perenggan akhir.

i. Keseluruhan artikel ini cuba menyampaikan kepada jaringan Yahudi, terlepas apa pun faham politik mereka, agar berhati-hati dengan sosok pejuang Islam yang kelihatan boleh berbincang dengan mereka yang tegar dengan pemahaman Zionisme-Israel. Hujah ini dapat dilihat dengan lebih dekat jika kita memahami apa yang cuba disampaikan pada perenggan ketiga artikel berkenaan.

ii. Kita harus berani mengaku terus-terang bahawa memang banyak pihak yang berurusan dengan Muslim kini mempunyai sikap berhati-hati kerana ada faktor sejarah termasuk isu keganasan atas nama agama. Tetapi apakah kita mahu terus membiarkan imej itu kukuh? Di sinilah “racun” yang cuba disumbat dalam artikel ini. Bahawa janganlah terlalu berbaik dengan mereka yang mempunyai latar belakang fikrah yang dibentuk daripada gerakan Islam meskipun mereka ini sedia berdialog. Lebih jauh, bagi mereka mungkin yang elok ialah lambakkan sekali tokoh yang sederhana dengan sesetengah tokoh yang menutup ruang dialog — dalam pengertian bersetuju untuk tidak bersetuju — ini.

3. Penulis cuba membayangkan bahawa kritikan Anwar kepada Zionisme mempunyai perkaitan dengan permainan politik iaitu satu tindak balas kepada tindakan Amerika Syarikat yang tidak memberi tekanan kepada kerajaan Malaysia, meski penulis mengakui bahawa Anwar berdepan dengan risiko politik yang besar dan selama ini disuarakan oleh Amerika Syarikat.

Untuk saya, jika begitu sekali bunyinya, ia seolah-olah menggambarkan keberanian Anwar yang jika kita fikirkan, agak tidak waras bagi seorang yang mempunyai jaringan intim seperti yang cuba dibayangkan Utusan Malaysia. Logiknya pada saya, seorang yang punya jaringan intim tentu saja tahu kekuatan Zionisme-Israel untuk membunuh kerjayanya jika perlu. Itu bagi mereka yang benar-benar hanya bergantung atas dasar kenalan politik. Tetapi untuk Anwar, ia didokong oleh hubungan intelektual (intellectual engagement) yang saya sebutkan sebagai bersetuju untuk tidak bersetuju sebelumnya.

Kita boleh merujuk pada perenggan ke-4 dan ke-3 dari perenggan akhir. Padanya jelas Anwar dipetik berkata “If you say we are growing impatient with Israel, that is true” dan ini tidak langsung dikutip dalam berita Utusan Malaysia untuk memberikan pandangan menyeluruh. Bahkan, ini menunjukkan konsistensi Anwar untuk berani berbeza pendapat secara terbuka dan menjelaskan kedudukannya.

Kata yang dipetik, dimainkan, dan ditelan mudah oleh sesetengah pihak ialah: “If you say I am not too guarded or careful in what I say sometimes, that is also true” dan ini telah dijelaskan oleh Anwar sebagaimana dipetik oleh berita The Malaysian Insider di atas (berhubung istilah Zionis yang difahami berbeza oleh beliau dan mereka yang ditemuinya).

Jujurnya, saya tidak menemukan kata maaf dalam pengertian kesal kepada sikap yang diambil beliau terhadap isu terkini di Palestin. Saya tidak tahu sama ada yang menuduh itu memahami bahasa Inggeris lebih baik dan mahu menunjuk-ajar kepada saya. Lihat pada artikel berkenaan, jelas sekali penulis cuba membayangkan kata-kata Anwar yang mirip dengan kata Mahmoud Ahmadinejad, Presiden Iran. Untuk saya, ia tidak lebih daripada usaha untuk melagakan dua tokoh yang dilihat oleh Muslim sebagai mempunyai kekuatan masing-masing, meski mungkin faham mereka terhadap semua isu jauh berbeza.

Akhir sekali, kita harus meneliti dengan jelas pada perenggan yang menyatakan “APCO has been peddling the anti-Israel statements around Washington”.

Apakah keperluan APCO melobi kebencian kepada Anwar dalam bentuk anti-Israel? Saya tidak tahu sama ada APCO ada menjelaskan sama ada wujud di kalangan mereka pernah terlibat sebagai pegawai kanan bahagian risikan Israel dan sebagainya.

Siapa dan apa pula hubungan APCO dengan Malaysia sehingga perlu melobi begitu sekali? Apa pula sikap Utusan Malaysia dalam isu-isu yang hampir sama seperti:

Pertemuan Datuk Zahid Hamidi dengan Ehud Barak dalam realiti kita tidak punya hubungan diplomatik dengan Israel.

Bayaran kepada Jack Abramoff untuk mempertemukan Tun Dr Mahathir Mohamad  dengan George Bush.

Kita jangan lekas terpukau dengan permainan Falasi Kad Tingkat iaitu cubaan menutup sebahagian berita dengan menonjolkan satu berita yang cocok dengan nafsu pihak tertentu.

Artikel ini pernah disiarkan di The Malaysian Insider.