Amin Ahmad

Menggeluti Demokrasi untuk Keadilan dan Kebebasan

4/11/2009 | 13 Komen

Tulisan

Agama

Dr. Asri

(1)

Saya baru pulang ke Kuala Lumpur selepas menghabiskan tugasan kerja saya di Sabah dan Sarawak selama hampir dua minggu. Ketika di Sabah, saya dimaklumkan oleh seorang rakan bahawa Dr. Asri tidak dibenarkan memberi kuliah di Sabah. Jika ada kuliahnya di Sabah, ia hendaklah bersifat tertutup melalui jemputan mulut ke mulut dan tidak dihebahkan. Itulah yang disampaikan kepada saya oleh rakan di sana. Saya memang pernah mendengar bahawa Dr. Asri tidak dibenarkan memberi kuliah di Kelantan sebelum ini, namun saya tidak pasti sama ada ia benar serta masih berlaku.

Saya berada di Sarawak ketika membaca berita Dr. Asri, mantan mufti Perlis ditahan. Teknologi Facebook membolehkan saya berhubung dengan beberapa teman yang lekas menyebarkannya. Berita-berita di internet bukanlah mudah untuk ditelan bulat. Saya sendiri pernah tersalah memanjangkan berita ‘kematian’ Datuk Ismail Kamus.

Namun, kebebasan di internet boleh saja membenarkan keteraturan spontan mengambil tempat. Segala berita yang menyentak perasaan orang ramai akan segera dikenalpasti sumbernya melalui kenalan masing-masing yang difikir boleh menawarkan maklumat meyakinkan. Untuk saya yang menghargai keteraturan spontan, pembetulan orang ramai kepada apa yang ditafsirkan sebagai silap dan salah di pihak saya, atau mungkin penghujahan saya yang tidak cukup kuat, adalah satu persekitaran yang menggembirakan.

Sudah tentu saya akan cuba mempertahankan pandangan saya, mungkin secara bermatian dan bersungguh. Tetapi, bagi mereka yang rapat, saya selalu berpesan agar sedia untuk memilih pandangan yang lebih kuat dan diyakini sehinggalah menemukan pandangan lain yang lebih kuat. Sedia tidak bermaksud mesti.

(2)

Sebelum Dr. Asri diangkat menjadi mufti negeri Perlis, saya pernah banyak kali membaca tulisannya di majalah Tamadun. Banyak hal menarik ditulis beliau dan ada juga yang saya tidak setuju antaranya sindiran beliau terhadap gerakan jemaah tabligh di India misalnya. Saya mungkin bias kerana saya aktif bersama gerakan jemaah tabligh pada waktu itu. Ya, pengalaman saya tentu saja berbeza, kritikan Dr. Asri bahawa jemaah tabligh tidak menjalankan nahyu munkar misalnya banyak amalan bidaah di India berlaku kerana kecuaian gerakan tersebut yang tidak kurang pengikutnya di seluruh pelusuk dunia ada kewajaran, tetapi untuk saya tidak cukup meyakinkan.

Dr. Asri mula mendapat tempat di hari masyarakat Islam di Malaysia khususnya kerana telah ‘mewakili suara mereka’ ketika berdebat dengan Astora Jabat. Khalid Jaafar, Pengarah Eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) pernah mengungkap bahawa Dr. Asri adalah antara ustaz muda yang berkarisma selepas beliau hadir mendengar forum di Dewan Bahasa Pustaka (DBP).

Beliau dipilih menjadi mufti negeri Perlis kemudian. Rasanya ramai tahu bahawa beliau mempunyai hubungan baik dengan Menteri Besar Perlis pada waktu itu, Dato’ Seri Shahidan Kassim. Jujurnya, saya mempunyai pandangan bercampur-campur tentang Dr. Asri. Ia mungkin berpunca daripada cerapan saya terhadap isu-isu yang melibatkan beliau.

(3)

Ketika pulang ke kampung, emak mengadu bahawa dia dan rakan-rakannya tersentak apabila dipanggil ke satu majlis anjuran kerajaan negeri yang keras menekankan persoalan bidaah seperti bacaan Yassin, tahlil dan sebagainya. Muncul tanggapan di kalangan generasi tua bahawa ada satu tekanan ekstrim berkaitan cara hidup beragama masyarakat negeri Perlis pada waktu itu. Saya fikir ia bukan salah Dr. Asri sepenuhnya, tapi mungkin kaedah penerangan yang dibuat oleh ustaz tersebut kepada emak saya dan rakan-rakannya itu bersifat keras. Saya mendengar rakaman YouTube (terima kasih sekali lagi untuk teknologi globalisasi!) dan jelas pandangan Dr. Asri cocok dengan apa yang saya faham dengan persoalan bidaah Yaasin, tahlil dan sebagainya tersebut.

Saya sendiri pernah membincangkan beberapa isu sekitar aliran yang dikenal ramai sebagai Wahabi, atau mirip dengannya bersama rakan-rakan yang pernah berguru misalnya dengan Ustaz Rasul Dahri di Johor. Rakan-rakan cukup tahu bahawa saya menolak pendekatan keras sebolehnya.

Saya pernah juga cuba berhubung dengan Dr. Asri dan hanya dua kali beliau pernah membalas e-mel saya, sekali ketika saya masih belajar di universiti dan sekali lagi ketika saya cuba mendapatkan rujukan kepada tugasan kerja saya tentang satu hadis.

Saya pernah difahamkan oleh seorang rakan bahawa Dr. Asri mempertahankan Dato’ Seri Shahidan di London berkenaan spekulasi sumber wang yang dimiliki oleh mantan Menteri Besar Perlis tersebut. Sebagai anak jati negeri Perlis, tentulah sikap ini saya sambut dengan sangsi. Saya percaya bahawa kesangsian saya ini dikongsi oleh ramai masyarakat di Perlis tapi saya tidak berhajat membincangkan itu di sini.

Saya juga pernah difahamkan seorang rakan bahawa Dr. Asri ada melobi untuk menjadi mufti negeri Selangor. Saya fikir ia baik kerana saya suka apabila beliau rajin menulis dan sering tampil berdepan dengan masyarakat untuk mempertahan apa yang beliau percaya. Selangor mungkin medan terbaik untuk beliau, apatah lagi saya dimaklumkan beliau tidak hadir dalam forum kontroversi Majlis Peguam yang pernah diserbu oleh YB Zulkifli Nordin satu ketika dulu.

(4)

Semasa saya keluar bertabligh selama 40 hari di sekitar Pontian, Johor, saya pernah membaca sebuah buku tentang tokoh-tokoh perjuangan Islam, jika tidak silap saya diterbitkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Terlihat, nama Syeikh Muhammad Abdul Wahab memang tercatat sebagai salah seorang tokoh agama yang pernah menyumbang ke arah kesedaran Islam, sama ada kita setuju atau tidak dengannya.

Di kalangan mereka yang banyak berbincang pelbagai isu agama di ruang awam, pernah muncul khabar pertarungan Dr. Asri dan Ustaz Harussani. Khabarnya, Dr. Asri memang tidak digemari kalangan mufti-mufti lama di negeri-negeri lain. Pendek kata, dalam hal agama pun ada politiknya tersendiri. Namun, saya tahu bahawa Dr. Asri punya dokongan terhadap kebebasan pasaran tafsir berbanding memusatkan tafsiran agama hanya kepada institusi mufti. Para imam mazhab memang menjarakkan diri daripada terus dekat dengan kekuasaan.

(5)

Ya, kekuasaan. Kekuasaan yang masuk campur dalam urusan tidak perlu.

Saya membantah tindakan JAIS, apatah lagi dengan membawa 30 kekuatan anggota polis. Namun, saya mahu berlaku adil bahawa dengan pengaruh Dr. Asri yang tidak sedikit, ada sedikit kewajaran untuk membawa anggota yang ramai. Mujur tidak ada kejadian polis bertopeng, bersenjata api dan merosakkan barang sebagaimana kejadian menangkap Dato’ Seri Anwar Ibrahim dulu. Namun tentu saja ada kewajaran untuk kita mempersoalkan di peringkat mula lagi kenapa perlu ada serbuan begitu? Saya kecewa kerana Dato’ Seri Anwar telah menjawabnya lama dulu melalui slogannya “procedurally rights morally wrong”.

Namun kita juga tidak harus lupa. Dr. Asri pernah menulis surat ‘menghalang’ Faisal Tehrani untuk terus menulis karyanya di media tertentu yang dikatakan “berunsur Syiah”. Ya, itu satu aliran lain yang juga masuk dalam debat ‘isu-isu dalaman Islam’. Dr. Asri juga pernah mengkritik IKD kerana menerbitkan terjemahan buku mantan hakim mahkamah syariah dan pengajar di Al-Azhar, Ali Abdul Raziq tentang Islam dan Dasar Pemerintahan. Bukan saja Dr. Asri, tetapi juga para artis, untuk saya harus diberikan kebebasan untuk berkarya malah untuk percaya.

Di Barat, yang diperintah oleh mereka bukan Islam, yang majoritinya bukan Islam, namun terdengar bahawa manusia berbondong mencari Islam, malah tokoh-tokoh agama yang hebat berlindung serta muncul di sana. Hatta, bukan saja mereka yang mahu bergelar Sunni, juga yang lain-lain.

Tidakkah kita mahu berfikir lebih daripada itu?

Ketika saya membaca surat bantahan yang ditandatangani ramai individu daripada pelbagai organisasi itu, yang terlihat oleh saya ialah minda perlindungan (protectionism). Ia lantas mengingatkan saya kepada penyakit ad-da’fu wa kasl fit tafkir (kelemahan dan kemalasan berfikir) yang pernah dinyatakan oleh Malek Ben Nabi.

Saya bukanlah yang terbaik, namun saya tidak akan berhenti untuk bergelut menemukan kebenaran di lautan ilmu Allah s.w.t. yang sering manusia dakwa bahawa “ia telah lengkap” – seolah-olah mereka sudah tahu semuanya.

Nota:

Saya menghadapi kesukaran menyusun atur penceritaan dalam tulisan ini, dan saya cuba menyatakan seluruh cerapan saya tentang imej Dr. Asri itu sendiri sebagaimana saya pernah dengar, baca dan lihat. Saya kekal mahu menyatakan bahawa kita tidak harus bertumpu semata-mata kerana beliau Dr. Asri, punya jaringan dengan pelbagai tokoh politik dan agama, yang menangkapnya JAIS dan sebagainya. Ia releven, bukan tidak. Tapi saya percaya kata gedung pintu ilmu Rasulullah s.a.w., Saidina Ali k.w. bahawa “dengar apa yang dikata, bukan siapa yang berkata”. Begitu jalan mencerap ilmu, sekurang-kurangnya untuk saya.

13 Komen

Maaf. Saya menghadapi sedikit kesukaran untuk menangkap apa yang sedara cuba sampaikan.

Hrm… :)

Mudin, anda berasa sukar mungkin kerana saya tidak menuntaskan pendirian saya.

Apa yang saya bawa ialah konteks.
1. Wujud ‘politik’ di kalangan agamawan di Malaysia yang akhirnya pergi kepada tema ‘Holier Than Thou’.
2. Sikap kuasa masuk campur dalam urusan tidak perlu harus ditolak.

Saya juga menawarkan sejumlah hal yang mungkin disifatkan ekstrim di Malaysia iaitu ‘kebebasan beragama’
dan membuka pasaran tafsir. Saya juga secara peribadi menuntut pemerhatian yang lebih dalam oleh Dr. Asri
terhadap aliran yang berbeza pandangan dengan beliau baik dari kalangan Sunni, Syiah, liberal dan sebagainya.

Anak Muda Reform

8 August 2009 4:04PM

Saudara, 2 perenggan sebelum akhir itu, “ad-da’fu wa kasl fit takfir”, benarkah perkataan takfir bukan tafkir…??sebab takfir berdiri di atas wazan (tatabahasa Arab dalam konteks nahu soraf) takfir yang asal perkataannya kufr, dengan makna kafir….saya rase saudara tersilap, sepatutnya tafkir yang asl perkataanya fikr, bermaksud berfikir…

asif…

Satu soalan:

Apakah Michael Schumarcher (dan sekarang Jensen Button atau Lewis Hamilton) datang ke Malaysia akan dibenarkan memandu kereta diatas jalanraya Malaysia tanpa lesen memandu sah (samada dalam bentuk Intl Drivers Permit) akan dikecualikan dari tindakan undang2 berdasarkan kepakaran memandu trek mereka?

Lagi satu soalan:

Apakah seorang yang pakar dalam “Islam” akan tau mengenai semua hal Islam, sepertimana seoang “Jurutera” parkar dalam semua hal kejuruteraan? Atau, seorang “Doktor” pakar dalam semua hal2 kedoktoran?

MRSM Kalae Chepo 66/73

Agamawan traditional tidak berpolitik, kerana mereka mengikut adab dan menghormati alim ulama lain, tidak seperti Dr Asri yang rata rata suka mencemoh orang lain. Graduan pondok dikatakan orang yang gagal dalam bidang akademik, maka mereka masuk ke sekolah pondok dengan bangunan yang senget. Ini semua ada diceritakan dalam tulisan beliau.

Asri mempromosi ajaran wahhabi. Tetapi dia tidak mengaku, sebalik nya menuduh orang lain tidak tahu apa itu wahhabi. Wahhabi seperti beliau selalu menggembar gemborkan Islam ikut sunnah dan al quran. Tetapi hukum syarak Islam pada Ahli Sunnah wal Jemaah bukan sahaja terhad kpd dua sumber itu sahaja, tetapi termasuk juga ijma’ dan qias. Tanpa nya Islam tidak akan menjadi agama yang dinamik dan sesuai di sepanjang zaman.

Al sunnah dan quran itu adalah raw material untuk hukum syarak. Orang awam tidak mampu mengeluarkan hukum daripada nya. Imam imam mujtahid telah pun mengeluarkan hukum daripada nya dalam bentuk fiqh. Kata Nabi s.a.w. bahawa perkara yang telah disepakati ulama ijtihad itu ertinya bukanlah perkara yang sesat, contoh nya solat terawih 20 rakaat, dan inilah ijma’. Tidak terdapat sumber daripada al quran dan sunnah bahawa mengambil dadah itu haram. Jadi, bagaimana kita dapat kesimpulan nya haram. Maka ulama mengambil qias daripada perkara yang memabukkan.

Berhatilah dengan wahhabi seperti Dr Asri yang hanya mempromosikan sunnah dan al quran sahaja sebagai sumber hukum hakam Islam. Wahhabi adalah political Islam yang diperkenalkan oleh British dan Yahudi kepada Muhammad Abdul Wahab dan keluarga Saud untuk menjatuhkan Empayar Osmaniah dan Islam dari dalaman. Akhirnya terbentuk lah negara yang bernama Saudi Arabia pada tahun 1932. Maka kerja kerja menghancurkan Islam ini berterusan hingga ke hari ini, termasuk lah didalam kerja dakwah Dr Asri.

Budak Timur

8 August 2009 4:04PM

Kalau ahli politik ditahan,itu tidak pelik.
Namun,jika seorang bekas mufti ditahan,itu memang pelik.
Itulah jadinya jika kekuasaan digunakan dengan sewenang-wenangnya.
Malaysia hari ini sudah tidak pelik.
Semuanya sudah berlaku.
Yang mengucapkan tidak ditahan,sebaliknya yang menulis tentang apa yang dicakapkan itu pula ditahan di bawah akta itu dan ini.
Jelas.Manusia itu memang tidak mampu mengawal kekuasaan yang diberi dengan baik.

salam saudara amin,
saya cukup apa yang saudara katakan.
Tetapi, pada hemat saya, isu ini tidak akan berlarutan sekiranya us asri tidak berperwatakan oppurtunis, berlagak dan sombong.
Ilmu yang beliau ada cukup menguntungkan mat islam adalah lebih baik beliau menjadi tawaduk dengan ilmunya.
Tampaknya, beliau suka agar isu ini berpanjangan, sengaja mencari publisiti murahan.

cukup setuju

Anak Muda Reform, terima kasih. Sudah dibetulkan.

Mat Reset, antara perkara yang saya tidak setuju dengan Socrates ialah kecenderungan untuk menyempitkan persoalan ilmu kepada soal ‘autoriti’.

Doel dan Budak Timur, di Barat sana ada lebih banyak faham yang berkembang, namun kita banyak mendengar tentang berbondong orang masuk Islam. Pokoknya ketakutan yang Islam anjurkan bukanlah untuk kita masuk ke wilayah perlindungan melainkan terus menerus meningkatkan self sufficiency.

Ridwanto, tentu saja saya tidak bermaksud mendokong Dr. Asri 100%. Masalah generalisasi dalam umat ini cukup bahaya. Bagi saya, kita harus bertitik tolak satu demi satu.

Saya setuju bahawa Dr. Asri adakalanya cakap lepas, dan saya boleh faham sebagai orang utara. Namun, sukarkah untuk menjawab balas? Bukankah Islam menganjurkan JANGAN berdebat melainkan dengan cara yang lebih baik?

Ya, saya sangat setuju. Berdebat, berhujjah lah, sampai baling kerusi pun tidak mengapa, tetapi bersyarat, jangan di buka pada masyarakat awam, lakukan di pentas yang sewajarnya, dalam lapangan seminar yang tertutup. Hasilnya, jadikan kesepakatan akhir sebagai kesepakatan bersama.
Masyarakat Islam, semakin celaru, jernihkanlah kecelaruan yang timbul ini. Kita sudah terlalu banyak berpecah dan bertengkar sedangkan musuh2 Islam sedang hebat menganyang umat islam, ya di seluruh dunia.
Mohon mencadang.

sazmi tokimin

8 August 2009 4:04PM

saudara,

perlu diteliti kembali fakta saudara..Ali Abd Raziq tidak pernah menjadi rektor Al-Azhar..beliau hanya seorang hakim mahkamah syariah di Mesir dan pernah mengajar di al-azhar!…

Terima kasih saudara, ya, hakim mahkamah syariah dan pengajar, bukan rektor.

Wahabi tu gelaran fitnah puak khawarij yg mahu menjatuhkan puak sunnah yg menentang sgala bentuk bidaah bdasar hadis nabi sgala bidaah itu mnuju kesesatan.. Cuba anda baca apa yg tlah dilakukan pemimpin atau pngasas yg anda katakan wahabi itu.. Dan cuba kombainkan dgn apa yg tmaktub di dlm hadis.. Ia adalah selari.. Tidak bercanggah.. Begitu jgk tntg demokrasi, ia adalah bidaah malah ada setengah pendapat mgatakan ia adalah syirik krn bsumpah selain nama Allah bg memegang jawatan pemimpin..

Hantarkan komen anda

Some notice or statement regarding comments posted on this website.