Sahabat Facebook saya, Noor Eqbal menganggap fenomena ini sebagai “pengalaman istimewa” dan “ini merupakan fasa penting yang perlu kita lalui bersama dalam pembentukan kematangan berfikir dan bermasyarakat”.
Terlepas apa juga pendirian beliau, isu ini nampak belum reda.
Jujurnya, saya menulis tentang isu ini buat kali kedua selepas seorang rakan non-muslim mengadu pengenalan-nya dengan Islam luluh-lantak tatkala menemukan sebahagian hujah muslim yang dilihatnya ekstrim atas slogan “membela nama Allah s.w.t.”.
Tidak cukup dengan hujah Al-Quran dan tokoh muslim yang pro dan kontra, umat sampai mencari hujah paderi untuk menjustifikasikan boleh atau tidak boleh guna nama Allah s.w.t.. Juga tidak dilupa, hujah yang sering dipakai ‘masyarakat liberal’ iaitu ‘kontekstual’ kini dipakai oleh mereka yang mempertahankan penghalangan guna nama Allah s.w.t. dengan hujah waqi’.
Saya mungkin antara paling banyak mendebatkan isu ini dan menyebelahi kelompok yang membenarkan guna kata nama Allah s.w.t. ini.
Memang agak memeranjatkan apabila sampai ada yang celupar mengkafirkan pihak bersebarangan dengan mereka walhal perbezaan pandangan yang ada jelas menunjukkan tiada dalil qat’i. Apatah lagi bila ayat-ayat muhkamat (jelas) – dan itulah isi pokok dalam Al-Quran, bukan mutasyabihat (terlindung) boleh dirujuk, serta tiada pertikaian persoalan nasakh-mansukh di sana.
Maka, ke mana dalil “asal segala sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil qat’i mengharamkan atau mewajibkannya”? Bukankah mengharamkan sesuatu yang halal adalah satu cabang syirik? Oh, tidak…saya tidak bermaksud menghukum. Sungguh saya melihat ini sebagai convivencia.
Sebuah keyakinan tentu saja tidak semudah itu digantikan dengan sebuah keyakinan yang lain. Itu pendirian saya dalam persoalan aqidah.
Ketika ada muslim berhujah tentang Kristianisasi, saya berpandangan bahawa penyebaran agama adalah satu lumrah. Apatah lagi bila agama tersebut disandar kepada Rasul Ulul-Azmi. Dalam kata lain, ada atau tidak Islam, ada atau tidak isu nama Allah s.w.t., penyebaran faham agama Kristian akan terus berlaku.
Saya percaya kita umat Islam tentu tidak senang jika ada di mana-mana belahan muka bumi ini ada yang mendakwa kata guna nama Allah s.w.t. adalah hak mereka bersandarkan “kami negara Kristian” atau “agama kami guna dulu kata nama Allah s.w.t.”.
Ada yang melabelkan saya sebagai orang yang membenarkan kebatilan pada makna kalimah syahadah ini kerana ia telah disucikan Nabi s.a.w..
Soal saya – tatkala saya membenarkan mereka menggunakan nama ini, saya kekal mengaku Muslim dengan mempercayai Allah s.w.t. yang Maha Esa. Dan ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengatakan “siapa yang menyakiti bukan Islam seperti mereka menyakiti aku”, adakah mereka mahu mengatakan ia satu pembenaran kepada kebatilan?
Dan sekali lagi, tentu saja kita, umat Islam tidak berhajat mendengar orang bukan Islam mengatakan faham Allah s.w.t. sebagai batil. Justeru, berimanlah dengan perintah Allah s.w.t. agar kita “tidak memaki Tuhan/sembahan mereka yang lain”.
Juga aneh, mereka menonjolkan pandangan Paderi yang juga ralat untuk memakai nama Allah s.w.t.. Tidak-kah mereka sedar bahawa hujah ralat Paderi ini sama dengan hujah mereka – bahawa nanti umat Kristian berpotensi masuk Islam? Dan isu kita di Malaysia ialah mereka mahu guna, berbeza dengan mereka yang tidak mahu guna.
Saya menemukan perintah kepada umat Islam untuk mengajak mereka yang bukan Islam kepada “kalimatun sawa” (kalimah yang sama) dengan menegaskan bahawa pandang sarwa kami ialah: Allah s.w.t. itu Esa. Saya juga menemukan jawapan langsung daripada sumber Al-Quran bahawa ada yang tidak setuju atau berpaling; dan ketika itu Allah s.w.t. mengatakan “Saksikanlah, bahwa kami adalah orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)”.
Bahkan, dalam surat-surat Nabi s.a.w. kepada ramai pembesar, Baginda s.a.w. memulakan dengan menyebut nama Allah s.w.t., terlepas apa juga faham si pembaca surat. Itu belum penjelasan Allah s.w.t. bahawa nama-Nya disebut “….biara-biara Nasrani, gereja-gereja, rumah-rumah ibadat orang Yahudi dan masjid-masjid, yang di dalamnya banyak disebut nama Allah” di mana dalam ayat ini diizinkan berperang bagi mereka yang diusir dari kampung halaman tanpa alasan benar dan Allah s.w.t. mengatakan mereka ini golongan teraniaya.
Sebagaimana telah saya tulis sebelumnya dan pendirian yang dinyatakan kepada teman-teman; kebimbangan yang ada pada mereka itu baik, tetapi bagaimana anda menterjemahkan kebimbangan tersebut sudah jadi satu isu lain.
Lebih cermat, jika kita memerhatikan kalimah syahadah yang bermaksud: “Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah s.w.t.”. Kata aku itu jelas menunjukkan ia adalah wilayah peribadi – keyakinan individu.
Dan jangan kita lupa bahawa ia bukan tuntutan tunggal Allah s.w.t. terhadap kita. Islam datang dengan ajakan manusia kepada self-sufficient di mana dosa tiap dari kita tidak ditanggung oleh individu yang lain. Justeru, tanggungjawab untuk beriman secara benar jatuh kepada tanggungjawab individu. Pada masa yang sama, kita juga diperintahkan untuk terus berdakwah. Dengan kata yang lain menyentuh isu ini, penerangan dan penegasan persoalan iman yang kita yakini itu memadai berbanding menggubal hukum larang-guna atau “hanya kami berhak guna”.
Pernah-kah kita terfikir bahawa saat ada sebahagian kita yang mengaku muslim ini melakukan “rasuah, salah guna kuasa, kezaliman dan perkauman”, dan pada masa yang sama beria mengaku beriman kepada Allah s.w.t. sambil minta dipertahankan mereka, ia telah memberi konsepsi salah tentang konsep iman kita kepada mereka yang tidak kita kenalkan Islam.
Maka pertentangan isu nama Allah s.w.t. ini untuk saya bukan sekadar literal atau konsepsi Allah s.w.t., bahkan ia boleh mengajak umat manusia bukan saja berbalah, tetapi menjernihkan semula fikiran kita terhadap kaedah berfikir dan bekerja kita dalam menegakkan apa yang kita percaya sebagai “berjuang di jalan Allah s.w.t.”.
Kegelisahan umat seharusnya ditangani dengan cara yang lebih hemah.
Saya hanya mahu menamatkan tulisan ini dengan petikan ayat Al-Quran, surah Al-Imran ayat ke-20:
Kemudian jika mereka mendebat kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: `Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan (demikian pula) orang-orang yang mengikutiku`. Dan katakanlah kepada orang-orang yang telah diberi Al Kitab dan kepada orang-orang yang ummi : `Apakah kamu (mau) masuk Islam`. Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat petunjuk, dan jika mereka berpaling, maka kewajiban kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba-Nya.
dan hadiq qudsi:
”Aku di sisi (sebagaimana) sangkaan hambaKu denganKu, sekiranya dia(hambaKu) bersangka baik, maka baginya (natijah baik), dan sekiranya dia bersangka buruk, maka baginya juga (natijah buruk)”.
7 Komen
KONON LIBERAL
8 August 2009 4:04PM
Hujah yang dangkal. Jangan pandai cakap jer. Kalau dah tahu ALLAH swt tuhan sekelian alam. Kenapa tak mahu lagi beriman dgn ALLAH swt tuhan sekelian alam. Masuk ISLAM…dan gunakanlah nama ALLAH swt. berdasarkan AL QUR”AN, SUNNAH NABI saw. dan IJTMAK ULAMA’.
JAnagan hanya pandai cakap ALLAH swt tuhan sekelian alam, tapi jadi KAFIR tak mahu beriman dengan ALLAH swt tuhan sekelian alam.
Maka jadilah BIKIN TARA SERUPA CAKAP!
ini semua agenda MISIONARI KRISTIAN, tapi ada sekelumpok umat ISLAM yang jadi KUMAN SEBERANG LAUT NAMPAK…GAJAH DEPAN MATA…sendirlah jawab…
Umat islam sendiri bagi senjata kpd MUSUH ISLAM…tidak bersatu sesama sendiri. Main cakap bab agama tanpa ilmu akidah dan Usul FiQh. Main pakai petik satu dua Ayat AL QURAN ikut sedap sendiri tanpa merujuk ALIM ULAMA’.
Maka jadilah macam tulisan kau ni. Betul tak Min?
Amin Ahmad
8 August 2009 4:04PM
Semua orang beriman dengan satu kuasa yang mengawal sekalian alam.
Cuma konsepsi masing-masing berbeza.
Agenda missionari, maka apa yang digentar? Tidakkah yang kau panggil missionari dan segalanya itu memberi ruang luas untuk Islam didakwahkan di tempat mereka? Kenapa kau nak tunjuk Islam dan muslim ni lemah benar dan mudah disesatkan?
Kalau dah rasa ayat tu dipetik salah, cuba terangkan apa yang betulnya. Tak perlu pusing-pusing, mudah bukan?
LIBERAL MENTAH
8 August 2009 4:04PM
Semua orang beriman dengan satu kuasa yang mengawal sekalian alam. => hujah kau salah. kerana ada juga sekelompok manusia yg dipanggil athies. tambahan pula apa yg kau maksudkan tentang perkataan “KEIMANAN”. Apa engkau tahu apa definisi “KEIMANAN” mengikut syarak berdasarkan Qur’an, Sunnah dan itjmak ulama’? Apa engakau dah terlupa bahawa terdapat ayat dlm Qur’an yg Allah berfirman dimulakan dengan “Wahai orang-orang beriman…..taatilah Allah dan Rasul”. Maksud kau Lim kit Siang dan Samy VEllu…itu “orang-orang beriman? Begitu?
Agenda missionari, maka apa yang digentar? Tidakkah yang kau panggil missionari dan segalanya itu memberi ruang luas untuk Islam didakwahkan di tempat mereka? Kenapa kau nak tunjuk Islam dan muslim ni lemah benar dan mudah disesatkan?”
Maka aku jawab:
Apa engkau teori akan sama 100% dgn realiti??? Apa engkau dah lupa kita ini dijadikan dengan fikrah yg berbeza-beza. Apa engkau dah lupa anak2 melayu islam diluar sana yang ramai tak sembahyang dan merempit itu kuat sangat nak menghadapai Misionari Kristian? Apa engkau sanggup membiarkan RISIKO besar untuk anak bangsa engakau sendiri.
Engkau belajar agama dgn sapa min? Apa engakau tahu dalam islam itu MENCEGAH lebih bagus drp mengubati?
BUkan aku yg tunjuk MUslim ini lemah sebenarnya min. Yang lemah adalah metodologi cara kau berfikir…
Belajarlah jadi realistik. Inikah yg engkau dapat setelah bertahun-tahun berguru dgn budak2 jln Telaw?
KOnsepnya sebenarnya mudah min. Ada seorang manusia biasa..yg sembahyang pun setahun sekali…Lepas itu disuakn dgn perempuan cun melecun berbogel didepannya dalam keadaan menghairahkan dan meliuk lentuk.
Apa yg engkau ingin kan kepada manusia tadi?
Kau nak tuduh dia salah 100%???
Sedangkan kita semua izinkan perempuan itu tinggal sebilik dgn pemuda itu?
Sapa salah?
Pemuda itu salah. Akan tetapi….KITA SEMUA LAGI SALAH BANYAK?
Jadi jgn lah sewenang-wenangnya engakau nak tuduh orang lain sebagai kurang iman sebab lekas sangat terpengaruh dgn Misionari Kristian.
Dont jump the issue. Aku cakap dalam koneks ABC….engkau bukak cerita alip ba taa….
Sekelumpuk manusia macam kau ni….berfikir dgn cara yg salah…beb! Jangan ingat kau dah pernah masuk TV…dan pakai tali leher macam2 kaler…engkau akan betul selamanya.
Maka muhasabahlah diri…
Manusia yg berjiwa besar akan BERANI mengaku kesalahannya…tambahan pula siapa yg tak pernah buat silap. Betul kan min?
Amin Ahmad
8 August 2009 4:04PM
1. kita sedang cakap ttg isu kristian dan muslim. telah aku sebut dua2 percaya Allah dan konsepsi yg ada mungkin beza meskipun ada kitab2 Kristian yg jelas menegaskan Allah s.w.t. itu Satu. Aku tidak melihat ia masalah buat muslim, malah peluang. soal definisi iman kita tak sama dengan definisi iman mereka maka kenapa perlu kita yang gelisah? Iman itu adalah soal percaya dan Islam ada rukun2nya dan bagi agama lain ada rukun2nya. Soalnya di sini kita menjadi muslim dan mereka tidak, maka tak timbul soal bila kita izinkan justeru kita beriqtikad yang sama dengan mereka. Itu satu usaha menyimpang dalam konteks perbincangan. BTW, Lim Kit Siang dan Samy vellu tu Kristian ke? Mereka nak guna nama Allah s.w.t. dalam agama mereka-kah? Jadi jangan terburu2 ikut nafsu amarah, boleh?
2. Ni siapa yang menyimpang sampai isu masuk TV, pakai tali leher macam-macam warna apa semua ni? Dah banyak kali aku sebut dan tulis bahawa bimbang itu bagus, tapi soal kaedah menanganinya itu satu isu lain pula. Sebenarnya saya tidak jump issue tetapi kamu.
Kau nak kata anak-anak muda sekarang rosak (orang tua pun ada!), aku pula memikirkan anak-anak muda sekarang berpotensi memahami. Jadi pendekatan yang kau dan aku nak ambil tak sama. Hujah aku ada pada al-Imran ayat 20 bahawa tanggungjawab hanya menyampaikan.
Aku tidak mengerti tentang orang2 Islam yang kalut seolah2 selama ini kalian mengajar anak kalian mengenal Islam dengan membaca Bible. Ajarlah generasi yang ada silih berganti mengenal Allah s.w.t. dan Rasulnya dari sumber yang sahih.
Salah kita, kita betulkan. Jika ada orang menegur, kita dengar, fikir dan buat perubahan apa yang patut dan mampu. Saya tidak ada masalah menghargai kritikan, tapi itu bukan beerti hanya saya saja harus mendengar dan wajib bersetuju
LIBERAL MENTAH
8 August 2009 4:04PM
kau tulis:
kita sedang cakap ttg isu kristian dan muslim =>
aku jawab:
hujah kau sekali lagi salah. kita bukan semata-mata bercakap soal kristian dan muslim. tapi kita bercakap dalam konteks yg lebih luas lagi yakni islam dan kafir kpd Allah swt.
kau tulis:
soal definisi iman kita tak sama dengan definisi iman mereka maka kenapa perlu kita yang gelisah?
aku jawab:
siapa yg gelisah? nampaknya kau tak faham soalan dan tujuan definisi “keimanan’ yg aku timbulkan sebelum ini. sila baca kembali. dan kali ini baca dgn berhati-hati serta fahamkan dulu. jadi tulisan kau selepas itu tidak perlu aku endahkan. secara jelas kau tak dapat tangkap maksud perkataan definisi yg aku huraikan.
kau tulis:
Hujah aku ada pada al-Imran ayat 20 bahawa tanggungjawab hanya menyampaikan.
aku jawab:
Hujah kamu mengikut pendapat JUMHUR ULAMA’ atau sekadar mengikut hawa nafsu kamu? Kamu itu alim kah? Ulama mana rujukan kamu? Atau kamu sangka kamu petik satu dua ayat Al Qur’an maka kamu fahaminyamengikut akal kamu yg terbatas tanpa belajar 14 Displin ilmu Islam. Kamu bertindak atas usul fIqh yg mana?
Apa kamu sangka Islam itu hanya petik satu dua ayat Qur’an kah???
Atau kamu fikir kamu lebih handal drp Prof Syed Naquib Al Attas (sekadar satu contoh) dalam mengupas isu Allah?
Kamu lebih tahu agama daripada Itjmak Ulama?
admin
8 August 2009 4:04PM
1. Disiplin tafsir itu jelas. Kenapa menggunakan Tafsir Isyari sebagai hujah pertama? Bukankah Tafsir al-Quran dan Sunnah (termasuk Itsar Nabi s.a.w.) diambil?
2. Aku nak tahu Ijmak Ulama’ mana yang kamu maksudkan? Aku tahu kamu akan berhujah persoalan waqi’ nanti, maka luruskan cara kamu mengeluarkan hujah ‘mengikut cara Islam’.
3. Ahah, tafsiran berasas nafsu? Cuba kamu beri tafsiran yang benar di sana, boleh? Mana tahu nafsu siapa yang terpapar nanti
4. Tentang Islam dan Kafir? Wow, bunyinya tipikal. Mungkin kau boleh jelaskan pada aku ‘pandangan iman’ kau tentang surat Nabi s.a.w. kepada para pengikut Nabi Isa a.s..
5. Sekadar perkongsian, sila rujuk Ijma’ Ulamak tentang siapa ahli kitab dan apa yang dijamin tentang mereka. Aku tahu kau akan persoalkan ahli kitab sudah tidak wujud dan tidak ada. Tapi nanti aku mahu kau ulas ia dengan hak yang dijamin Nabi s.a.w. kepada mereka.
saya
8 August 2009 4:04PM
sekadar perkongsian..semoga mencerahkan…
http://satuperkongsian.wordpress.com/2010/02/04/allah-tuhan-semua-tapi-hanya-orang-islam-yang-menyembahnya
Hantarkan komen anda
Some notice or statement regarding comments posted on this website.