Amin Ahmad

Anwar dan Pluralisme: Menjawab Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady
Pendahuluan

Saya maklum bahawa tulisan Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady bertajukPluralisme Agama Dan Anwar: Beberapa Persoalan dilihat dari pandangan Arusperdana Islam telah lama disiarkan. Tulisan Dr. Uthman itu merupakan penelitian beliau terhadap satu ucapan bertajuk Religion and Pluralism in a Divided World yang disampaikan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim di London School of Economics pada 18 Mac 2010. Dalam tulisan yang dikemukakan, Dr. Uthman menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 12 kesalahan Dato’ Seri Anwar dalam ucapan tersebut.

Saya akan mengemukakan semula semua hujahan beliau dan memberi komentar bersesuaian tentangnya.

Hujah 1: Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

Dr. Uthman memuatkan kenyataan yang didakwanya diucapkan Dato’ Seri Anwar: Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

Dalam komentarnya beliau menulis: Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

Apa yang tidak dijelaskan, dan perlu saya nyatakan di sini ialah:

(1) Ucapan sebenar Dato’ Seri Anwar ialah: But I say bear it we must for indeed, it is a stark reality of our world that certain religious groups hold that only certain fundamental doctrines may lead to salvation. This exclusivist outlook unfortunately cuts across the board as between religions as well as within the denominations. (Terjemahan: Bagaimapun kita terpaksa menerimanya, kerana jelas dalam realiti kehidupan bahawa terdapat sesetengah kumpulan agama berpandangan bahawa doktrin asas tertentu sahaja membawa kepada jalan keselamatan. Sayangnya, pandangan luar yang eksklusif ini merentas semua pihak, sama ada antara agama dan sesama agama.)

(2) Ucapan Dato’ Seri Anwar itu dibuat selepas beliau memulakannya dengan kutipan baris tulis T.S. Eliot dalam karyanya “Burnt Norton”: “Go, go, go, said the bird: Human kind cannot bear very much reality.” (Terjemahan: Pergi, pergi, pergi, kata burung itu: Manusia tidak dapat menerima realiti yang banyak). Selepas kenyataan (1), Dato’ Seri Anwar langsung membawakan dua contoh iaitu dalam pengalaman penganut Kristian di mana perpecahan dan kesan kebangkitan daripada sikap eksklusif ini dan juga di kalangan muslim – Sunni, Syiah dan Sufi yang berterusan hingga kini dengan senario keganasan dan tumpah darah.

(3) Seterusnya beliau mengemukakan bagaimana hubungan muslim dengan dunia Barat semakin sukar selepas peristiwa 9/11 dan 7/7 apabila kumpulan tertentu dalam politik mengambil kesempatan untuk mengenakan tekanan kepada muslim misalnya dalam kes pengharaman pemakaian tudung di Perancis.

Berdasarkan konteks ini, saya fikir Dr. Uthman telah bersikap cuai dalam penelitian beliau apabila mencabut pengertian sebenar ungkapan Dato’ Seri Anwar dan makna ungkapan yang lebih cocok dengan baris-baris ayat tersebut.

Untuk saya, Dato’ Seri Anwar telah cuba menunjukkan bagaimana manusia berdepan kesukaran menerima realiti kepelbagaian sehingga burung (dalam karya T.S. Eliot) menggesa mereka pergi tetapi Dato’ Seri dalam memulakan ucapannya mengambil pendirian agar manusia perlu menanganinya, bukan lari dari masalah realiti, sambil memberi pengakuan bahawa ada sebahagian kumpulan agama (bukan agama itu sendiri!) bersikap eksklusif dalam doktrin asas masing-masing yang mendorong kepada perpecahan dan keganasan serta pertumpahan darah.

Kebenaran eksklusif di sini tidak dipertikaikan oleh Dato’ Seri Anwar secara khusus tetapi dengan membawa contoh yang tidak sepatutnya berlaku. Saya fikir, kebenaran eksklusif yang didakwa oleh mana-mana agama itu adalah satu kebenaran realiti. Sebab itulah ia dinamakan agama. Kurang cerdiklah kepada mana-mana pihak yang menafikan kewujudan kebenaran realiti itu. Menganggap kebenaran realiti itu wujud tidak semestinya bermaksud automatiknya seseorang itu mempercayai doktrin yang berbeza-beza itu. Cuma yang pasti, sikap eksklusif mana-mana agama yang mendakwa kebenaran dan jalan keselamatan itu adalah milik mereka tidak harus membiarkan perpecahan manusia (atas faktor agama) dan juga keganasan serta pertumpahan darah.

Sekarang mari kita pergi kepada hujah kedua beliau.

Hujah 2: Persoalan pendapat ahli sufi, Jalaluddin al-Rumi

Dr. Uthman mendakwa kenyataan Dato’ Seri Anwar: Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jalaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan” (The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

Beliau seterusnya mengulas: Pandangan ini tidak benar kerana Jalaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

Sekali lagi, Dr. Uthman tersasar kerana bait puisi Rumi itu beliau baca dalam kerangka penolakan awalnya (lihat Hujah 1). Sebagaimana diulas dalam jawapan balas saya di hujah 1, sikap eksklusif mana-mana agama yang mendakwa kebenaran dan jalan keselamatan itu adalah milik mereka tidak harus membiarkan perpecahan manusia (atas faktor agama) dan juga keganasan serta pertumpahan darah. Pandangan ini boleh disesuaikan dengan puisi Rumi itu. Perbezaan antara agama itu tidak seharusnya menjadikan kebaikan itu hilang dan diganti dengan kebencian dan persengketaan – baik antara agama atau sesama agama. Sesungguhnya kebaikan itu adalah perintah Allah s.w.t. kepada semua manusia. Jika mengambil konteks ucapan Dato’ Seri Anwar itu, saya melihat kebaikan yang cuba disampaikan ialah meskipun perbezaan itu jelas ada, dan masing-masing mengaku membawa jalan keselamatan, maka ia tidak harus diterjemahkan dalam bentuk perpecahan (antara agama) dan keganasan serta pertumpahan darah.

Hujah 3: Persoalan konsep agama adalah universal

Dato’ Seri Anwar didakwa mengatakan: Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

Ia diulas oleh Dr. Uthman dengan kata: Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.

Kritikan ketiga ini tidak lebih daripada sekadar satu sikap mencari-cari hal kecil untuk dibesarkan dan kurang usaha memahami. Saya fikir Dr. Uthman perlu memahami kebenaran realiti yang dinyatakan sebelum ini. Ketika Dato’ Seri Anwar menjelaskan konsep universal itu, beliau tidak pun menyatakan bahawa semua agama itu sama benar tetapi beliau membawa persoalan-persoalan asas yang sama dalam semua agama dan kepercayaan (bahkan mungkin juga kepada atheis!).

Ayat sebenar yang digunakan oleh Dato’ Seri Anwar ialah: Those verses couldn’t be more relevant for us today. Despite rancorous debates linking religion to conflict and discrimination, it remains a fact that at a personal level religious experience boils down to certain universal concepts. Where does man come from? What is his purpose? What happens when he dies? The spiritual path subscribes us to a universal quest for truth and the pursuit of justice and virtue. (Terjemahan: Bait-bait tersebut (merujuk kepada puisi Rumi yang dipetik) sangat relevan dengan kita kini. Meskipun perdebatan penuh rasa tidak puas hati mengaitkan agama dengan konflik dan diskriminasi, hakikatnya kekal bahawa pengalaman beragama di peringkat individu adalah pada konsep universal tertentu. Dari mana manusia datang? Apakah tujuannya? Apa yang terjadi selepas kematiannya? Jalan kerohanian yang membawa kita semua kepada pencarian kebenaran dan usaha mendapatkan keadilan serta kebijaksanaan).

Serta: We rejoice in beauty, both within ourselves and in what surrounds us. We long for knowledge, peace and security amid the mysteries and uncertainties of the universe. In our disjointed world filled with ugliness, violence and injustice, religion gives all of mankind an opportunity to realize values which unify humanity, despite the great diversity of climes and cultures. (Terjemahan: kita meraikan keindahan, sama ada dalam diri sendiri atau persekitaran kita. Kita mencari pengetahuan, keamanan dan keselamatan meskipun banyak misteri dan juga ketidakpastian tentang alam ini. Dalam dunia kita yang terpisah-pisah dan penuh dengan keburukan, keganasan dan kezaliman, agama memberikan manusia peluang menterjemahkan nilai yang menyatukan kemanusiaan, meskipun wujud kepelbagaian sempadan kawasan dan budaya).

Jelas juga melalui ayat sebenar Dato’ Seri Anwar ini kita dapat melihat pengakuan tentang apa ciri yang sama boleh dikongsi oleh semua agama tanpa menghilangkan eksklusiviti pada doktrin agama.

Hujah 4: Persoalan pendapat Dante, penyair Kristian pada abad ke-14.

Dato’ Seri Anwar didakwa berkata: Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rushd.

Dr. Uthman mengulas: Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali r.a. ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rushd tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

Saya fikir Dr. Uthman membuat komentar yang tidak perlu. Ketika memetik Dante, Dato’ Seri Anwar tidak mengemukakan pandangannya tentang The Divine Comedy. Untuk saya, membawa isu yang tidak berkaitan dan cuba membayangkan persetujuan tentang satu idea sebagai persetujuan dengan semua idea mana-mana pihak – baik institusi atau individu – adalah generalisasi yang cetek.

Dalam ucapan sebenarnya, Dato’ Seri Anwar mengemukakan pandangannya tentang isu pemecahan masyarakat yang disandarkan kepada faktor agama. Beliau menunjukkan bahawa Dante, seorang pemuisi besar dalam tradisi Kristian juga pernah berdepan dengan isu tersebut yang menunjukkan pelbagai kerosakan. Dante mengemukakan visi keamanan sejagat dengan penegasan bahawa manusia mahu hidup gembira di dunia dan di akhirat.

Dato’ Seri Anwar kemudian menjelaskan bahawa visi Dante boleh dicapai jika dunia bersatu di bawah kepimpinan yang tidak terpisah. Beliau juga menyebut bahawa hasrat itu tentulah satu utopia (tidak mungkin berlaku) namun hakikat kewujudan Eropah (maksudnya wujud kemungkinan kerjasama antara negara yang rapat) bukanlah melalui imperialisme. Bahkan beliau turut menjelaskan bahawa Dante juga tidak memikirkan tentang peluasan (pengaruh) gereja.

Dato’ Seri Anwar menyebut penyatuan ini boleh dicapai melalui penggunaan akal-fikir semua manusia dengan mengambil contoh al-Farabi dan Ibnu Rushd yang pengaruhnya melebar ke dunia Barat. Seterusnya dijelaskan bahawa keteraturan baru dunia tidak pernah berlaku malah sistem empayar dan dinasti telah beralih kepada kewujudan negara-negara kecil yang bersaing antara satu sama lain. Kesannya, banyak pertumpahan darah berlaku.

Dalam tambahan kenyataannya, beliau mengungkapkan bahawa meskipun terdapat usaha sesetengah pihak ‘melindungi’ (Dato’ Seri Anwar menggunakan kata purify yang boleh diterjemah terus sebagai menyucikan, tetapi saya membaca konteks ayatnya lebih tepat jika diterjemahkan sebagai melindungi), semua sempadan yang memisahkan negara-negara kecil itu menjadi samar dengan perkembangan pengangkutan moden dan komunikasi.

Dunia hari ini mungkin lebih rencam dan berintegrasi berbanding zaman emas Muslim Sepanyol di mana Kristian, Yahudi dan Muslim tinggal bersama secara aman harmoni. Namun, kerencaman dan integrasi dalam perhubungan bentuk baru yang lebih baik itu masih tidak menatijahkan cita-cita kehidupan aman harmoni.

Apabila saya membaca tulisan Dr. Uthman, saya tertanya-tanya apa perlunya beliau berusaha mengaitkannya bahagian ini dengan pandangan John Hick? Bukankah itu satu percubaan untuk menyatakan sesuatu yang sebenarnya tidak dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar? Saya fikir, beliau hanya mahu memuaskan hati sendiri kerana sudut pandang yang diambilnya seperti yang diterangkan dalam Hujah 1. Saya melihat cubaan membawa hal tak berkaitan mengenai Dante dan John Hick ini sebagai falasi (kesalahan berfikir dan berhujah). Falasi yang dimaksudkan ialah sikap menyalahkan seseorang berdasarkan perkaitan (Guilty by Association).

Hujah 5: Persoalan konsep kebebasan beragama vs pluralisme agama

Dato’ Seri Anwar didakwa berkata: Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

Dr. Uthman mengulas: Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

Dalam teks sebenar, Dato’ Seri Anwar mengungkapkan isu kebebasan beragama yang dijamin di dalam perlembagaan di mana-mana negara demokrasi. Maka, sikap memihak oleh kerajaan terhadap mana-mana agama sehingga menafikan hak agama dan kepercayaan lain dilihat bertentangan dengan semangat kepelbagaian agama (pluralisme agama).

Dato’ Seri Anwar menjelaskan kes di atas berlaku di sesetengah negara demokrasi yang maju di Eropah (kita boleh mengambil contoh pengharaman tudung di Perancis) sementara di negara-negara Timur Tengah dan Asia Tenggara isu ini masih dianggap mudah dan tidak penting. Justeru, beliau menegaskan bahawa wacana tentang kepelbagaian agama perlu menguruskan persoalan asas tentang kebebasan beragama yang terkait juga dengan kebebasan berkeyakinan.

Persoalan yang diajukan oleh Dato’ Seri Anwar ialah apakah kepelbagaian agama itu menjadikan dunia yang terpisah itu semakin terpisah atau penafian kebebasan beragama yang menjadi puncanya? Beliau mengatakan kepelbagaian agama boleh berlaku dengan aman jika kita mengelakkan daripada membuat kenyataan tidak bermoral kepada penganut fahaman yang berbeza sebagai salah dan kita adalah benar.

Kenyataan Dato’ Seri Anwar yang terakhir itu sekali lagi boleh dibaca di luar konteks. Bagi pembaca yang mahu berfikir lebih sedikit, sudah tentulah ketika seseorang menganut agama tertentu, katakan Islam, maka itu beerti mereka meyakini kebenaran yang dibawa oleh agama tersebut. Begitu pula realitinya apabila seseorang itu memilih untuk menganut agama lain.

Saya memahami kenyataan “saya benar dan anda salah” sebagai satu kenyataan tidak bermoral seperti yang diucapkan Dato’ Seri Anwar dalam konteks jaminan kerajaan terhadap kebebasan beragama dan berkeyakinan. Maksudnya, kerajaan tidak boleh memihak dalam isu kebebasan beragama dan berkeyakinan ini meskipun sudah tentu di peringkat individu itu ada pegangan tersendiri.

Dalam hal ini, saya tahu ada perdebatan di kalangan sarjana, aktivis dan umat Islam sendiri. Ia tidak secara automatiknya menjadikan mana-mana pihak salah. Contoh peristiwa yang kita boleh ambil sebagai sokongan ialah ketika Nabi s.a.w. menangani isu keadilan hukum dan realiti beliau sebagai pemimpin kerajaan. Dalam satu hadis riwayat Imam Abu Daud, an-Nasa’ie, Ibnu Majah, Ahmad bin Hambal, al-Baihaqi, al-Hakim Naisaburi, Ibn Abi Syaibah rahimahullah dan ulama’ hadis yang lain maksudnya: Diriwayatkan daripada Saidina Abdul Humaid bin Salamah r.a. bahawa datuknya telah memeluk Islam pada zaman Baginda s.a.w. tetapi neneknya enggan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang anak. Mereka berdua datang mengadu kepada Baginda s.a.w. (berkenaan hak penjagaan kepada anak tersebut). Sabda Baginda s.a.w. kepada mereka berdua: “Jika kamu berdua mahu, budak tersebut akan diberikan pilihan untuk memilih (antara) kamu berdua. Kata Abdul Humaid bin Salamah: Si ayah diletakkan di satu sudut, dan si ibu juga di satu sudut (yang lain) dan budak tadi diberi pilihan. Didapati budak itu bergerak ke arah ibunya. Maka Baginda s.a.w. berdoa: “Ya Allah, berikanlah hidayah kepadanya. Kata Abdul Humaid bin Salamah: Maka budak itu kembali kepada ayahnya.

Untuk saya, contoh ini jelas menunjukkan bagaimana Rasulullah s.a.w. yang tentulah insan paling gigih mengajak manusia kepada Iman dan Islam tetapi mengambil posisi yang neutral dalam kedudukannya sebagai seorang hakim. Jika diikutkan logik melindungi agama, tentulah beliau sebagai hakim dalam kes tersebut boleh sahaja memutuskan terus bahawa anak kecil itu harus diserahkan kepada penjaganya yang muslim tetapi itu tidak berlaku. Sebaliknya apa yang dibuat beliau ialah memberi pilihan kepada anak kecil itu (yang tentulah boleh dihujah sebagai belum cukup akal) dan beliau juga menunjukkan sisi peribadinya yang mengharapkan anak kecil itu memilih Islam (ini boleh dilihat melalui doanya).

Sesuatu yang boleh dibincangkan lanjut ialah, penerimaan terhadap kebebasan beragama dan berkeyakinan itu tidak pernah sama sekali bermaksud seorang muslim mengalukan dan berasa gembira apabila berlakunya murtad. Apa yang mungkin menjadi persoalan ialah konsistensi dalam mengambil sikap. Ini tentulah sesuatu yang mencabar dalam wacana muslim.

Ketika Rasulullah s.a.w. mengizinkan agama lain wujud pada zaman pemerintahannya, ia tak pernah bermaksud beliau meyakini agama tersebut. Malah, dalam surat Nabi s.a.w. kepada Gereja St. Catherine ketika mereka meminta perlindungan, kenyataannya lebih mengejutkan:

“Ini adalah mesej daripada Muhammad bin Abdullah, sebagai perjanjian kepada orang-orang yang mengamalkan agama Kristian, dekat dan jauh, bahawa kami bersama mereka.

Sesungguhnya, hamba-hamba, pembantu dan pengikut saya akan mempertahankan, kerana Kristian ialah warganegara di bawah perlindungan saya dan Allah s.w.t.! Saya menolak perkara yang tidak menyenangkan mereka.

Tiada paksaan terhadap mereka. Tidak ada mana-mana hakim di kalangan mereka akan dilucutkan pekerjaan mereka begitu juga paderi dari gereja mereka. Tiada siapa dibenarkan memusnahkan rumah agama mereka, merosakkannya atau mengambil darinya ke rumah orang Islam. Jika ada sesiapa berbuat demikian, mereka telah merosakkan perjanjian Allah s.w.t. dan menderhaka kepada Rasulnya.

Sesungguhnya, mereka adalah rakan dan mempunyai piagam perlindungan dengan saya terhadap apa yang tidak disukai mereka. Tiada sesiapa boleh memaksa mereka berhijrah atau memaksa mereka berlawan. Orang-orang Islamlah yang akan berjuang melindungi mereka.

Seorang lelaki Muslim hanya boleh mengahwini wanita Kristian jika dipersetujui oleh mereka. Mereka tidak boleh dihalang untuk ke gereja untuk melakukan amalan keagamaan. Gereja-gereja mereka mesti dihormati. Jangan menghalang mereka untuk membaik pulih gereja, termasuk kesucian perjanjian mereka.

Tidak ada Muslim boleh melanggar perjanjian ini sehingga ke Hari Kiamat.”

Isu ini terkait dengan penghujahan keenam.

Hujah 6: Persoalan firman Allah s.w.t. “Tiada paksaan dalam agama” (Al-Quran, surah al-Baqarah ayat 256).

Dikatakan Dato’ Seri Anwar mendakwa: Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al-Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Dr. Uthman mengulas: ‘Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam. Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam kebebasan berkeyakinan  bukannya kebebasan ala-Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

Subjek ini mempunyai khilaf di kalangan sarjana muslim. Dr. Sheikh Taha Jabir al-Alwani misalnya ada menulis buku Tiada Paksaan Dalam Agama dalam menghujahkan kebebasan beragama dan berkeyakinan.

Bagaimanapun, dalam konteks pembicaraan akademik berkaitan kenegaraan, saya ingin sekali mengemukakan pertanyaan: “Apakah Dr. Uthman boleh bersetuju misalnya sebuah negara mengisytiharkan agama rasminya Hindu, majoriti rakyat serta pimpinannya beragama Hindu dan mereka mengenakan syarat larangan keluar daripada agama Hindu. Jika beliau menerima hal itu berdasarkan konteks populasi dan agama rasmi, apakah beliau boleh menerima situasi seorang Hindu yang mahu memeluk Islam tetapi dihalang, bahkan dihukum?”

Saya tidak bermaksud mempertikai hukum agama meskipun saya percaya bahawa muslim tidak wajar membuat generalisasi penerimaan kebebasan beragama sebagai satu galakan bagi muslim untuk murtad. Apa yang saya kemukakan ini adalah persoalan kebenaran realiti. Saya difahamkan oleh seorang rakan yang asalnya beragama Hindu dan kemudian memeluk Islam: mengikut kepercayaan Hindu, jika mereka murtad (daripada agama Hindu), mereka boleh dibunuh (betulkan saya jika tersilap). Isunya di sini ialah konsistensi sikap kerajaan dan juga hubungan aman dalam kepelbagaian. Saya mohon pencerahan daripada Dr. Uthman sekiranya beliau mempunyai jawapan tuntas untuk persoalan ini.

Hujah 7 dan 8: Persoalan konsep menuju kepada Yang Satu dan Semua Kepercayaan adalah sama.

Dato’ Seri Anwar dipetik berkata: Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

Beliau menambah: Apa juga agama, sama ada Islam, Kristian, Yahudi, Sikh, Hindu dan banyak lagi, saya percaya bahawa kebenaran tertinggi itu melangkaui amalan dan ritual semuanya balik kepada Kebenaran yang Satu: dan ianya dari Tuhan kita datang dan kepadanya kita kembali.

Dr. Uthman menjawab: Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

Beliau menambah agar persoalan ini mesti dilihat dalam konteks al-Quran di mana kebenaran agama lain (muhaiminan ‘alaih) terputus apabila al-Quran diturunkan. Tidak ada yang benar melainkan ajaran al-Quran.

Saya tidak nampak di mana Dato’ Seri Anwar silap dalam hal ini. Memang, kenyataan Dr. Uthman itu benar bahawa jalan Islam itu tentu saja berbeza dengan agama dan kepercayaan lain. Namun, yang dinyatakan oleh Dato’ Seri Anwar ini bukan soal jalannya tetapi di mana akhirnya manusia. Spiritual path itu hanya kutipan dan bukan keyakinan Dato’ Seri Anwar yang dinyatakan kemudian. Apakah Dr. Uthman percaya akan kewujudan tuhan lain di mana manusia akan dikembalikan? Jika benar begitu, saya fikir kenyataan bermasalah itu akan berbalik kepada beliau semula.

Tidak ada ayat yang menggambarkan Dato’ Seri Anwar menyamakan semua agama. Malah, jika semua agama itu sama, apa perlunya pertukaran agama atau dakwaan sebagai muslim. Itu dari segi ritual. Dari segi kehidupan bersama sebagai masyarakat, saya yakin banyak perkara yang boleh dipersetujui bersama seperti menolak keganasan dan saling menghormati.

Hujah 9: Perintah-Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims) (saya lebih cenderung untuk mentafsirkannya sebagai Dakwaan Eksklusif).

Dato’ Seri Anwar didakwa berkata: Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

Dr. Uthman menjawab: Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

Sekali lagi, saya melihat Dr. Uthman memberi komentar berasaskan ketempangan definisi apa itu pluralisme. Memang ada kitab terdahulu yang mesti diimani oleh muslim. Bagaimanapun, tidak ada kenyataan Dato’ Seri Anwar yang menyebut tentang penerimaan Bible dan kitab-kitab lain sebagai wahyu. Ia hanya bayangan nakal Dr. Uthman yang boleh memesongkan tumpuan sebenar kepada kenyataan asal. Saya juga tertanya di baris mana Dato’ Seri Anwar mengutip pandangan John Hick? Agak janggal saya membaca komentar Dr. Uthman!

Hujah 10: Persoalan konsep kebebasan

Dato’ Seri Anwar didakwa berkata: kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

Uthman El-Muhammady menyatakan: Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannya hendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

Pandangan saya: Komentar Dr. Uthman dalam hal ini hanyalah ‘nasi tambah’ memanjangkan tulisannya sahaja. Di mana Dato’ Seri Anwar ada menggesa pelanggaran Syara’? Apa yang ada ialah kompleksiti kepelbagaian itu sendiri untuk bergerak secara bebas. Tidak ada isu pembatalan atau mempromosi mana-mana hak secara eksklusif disuarakan oleh Dato’ Seri Anwar. Kebebasan tidak pernah menjamin tidak berlaku pertindihan hak, sebab itu ia mesti diuruskan.

Dato’ Seri Anwar memberi contoh yang berkaitan dalam pengalaman kerajaan Uthmaniyah dan Ibnu Qayyim pada tahun ke-8 Hijrah dalam komentar terhadap kelompok Zoroaster. Beliau menyatakan dengan jelas akan keperluan untuk bersikap terbuka dan contoh-contoh yang dipilih jelas menunjukkan bagaimana sikap tersebut diambil dalam hal dasar kepimpinan tanpa menselanjarkannya secara mudah sebagai penerimaan dalam bentuk akidah.

Hujah 11: Persoalan syariat Islam

Dato’ Seri Anwar dipetik berkata: Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama (Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya.

Komentar Dr. Uthman: Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

Bagi saya, sama seperti komentar sebelum ini, ia hanya ulasan umum yang tidak bertujuan mengupas pandangan asal Dato’ Seri Anwar. Ia hanya kenyataan umum dengan bayangan liar seperti menghalalkan zina.

Hujah 12: Persoalan jihad

Akhirnya, Dato’ Seri Anwar didakwa berkata: Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

Dr. Uthman memberi komentar: Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

Sekali lagi, Dr. Uthman cuba membuka topik jihad yang tidak perlu. Dato’ Seri Anwar jelas menunjukkan bahawa memang ada keganasan yang dibuat atas nama jihad. Bagaimanapun, beliau mengaitkannya terus dengan dasar luar Amerika yang perlu diubah di mana sebagai pembaca saya dapat melihat mesej Dato’ Seri Anwar jelas menegaskan adanya ketempangan di pihak yang membayangkan masalah keganasan atas nama jihad itu adalah masalah sepihak. Dan akhirnya, Dato’ Seri Anwar menutup ucapan dengan menjelaskan semula pandangan beliau akan keserasian Islam dengan bentuk politik moden antaranya berkaitan isu kebebasan, melawan kezaliman penguasa dan penegasan hak pemilikan. Ini dibayangkan sebagai proses berterusan melalui ungkapan T.S. Eliot yang dikutip pada akhir ucapan tersebut.

Kesimpulan

Saya fikir itu sahaja pandangan yang mahu dikemukakan terhadap tulisan Dr. Uthman dalam isu ini. Saya telah menunjukkan bagaimana tafsiran yang berbeza telah dijadikan asas untuk mengkritik Dato’ Seri Anwar dalam hal ini. Selain itu, saya juga mengkritik hal-hal yang tidak perlu tetapi dimuatkan bersama di samping sejumlah kupasan yang sebenarnya masih terbuka dalam wacana bijak pandai agama.

Sambil menghargai proses perbezaan pendapat dalam isu kepentingan ramai, saya fikir sikap berlebihan dan galak sesetengah pihak membuat penilaian dan menghukum Dato’ Seri Anwar perlu dikendurkan. Semoga tulisan ini dapat memberi satu sisi lain daripada penilaian oleh Dr. Uthman sebelum ini.

Sekian, terima kasih.

Nota:

Surat Nabi s.a.w. kepada Gereja St. Catherine ini pertama kali saya temukan daripada tulisan Dr. Muqtedar Khan, Pengarah Pengajian Islam di Universiti Delaware. Terjemahan surat itu boleh dibaca di sini.

Amin Ahmad, 30 juga boleh dibaca tulisannya di aminahmad.com.

Seksualiti Malaysia?
Di tengah hiruk-pikuk pelbagai isu, saya sedar bahawa isu seks mempunyai tempat yang besar dalam perhatian masyarakat di Malaysia.

Dalam politik, ia menjadi senjata paling ampuh untuk mana-mana pihak menjatuhkan lawan masing-masing. Soal benar atau tidak berlaku itu satu hal lain. Pokoknya, mereka tahu bahawa kesalahan berkaitan seks adalah pengakhiran kerjaya politik yang lebih cerah kerana umumnya masyarakat akan menolak kesalahan berkaitan seks.

Dalam ekonomi, lambakan pusat hiburan turut dijadikan isu. Sama ada ia pusat hiburan haram atau berdaftar itu soal lain. Di sana, selain hiburan biasa, ada yang melihatnya sebagai sumber pergaulan tidak terbatas dan akhirnya mendorong kepada seks.

Dalam aspek sosial, kita tahu pernah ada isu pengajaran seks di sekolah rentetan daripada isu seks bebas di kalangan remaja, termasuk pelajar sekolah.

Beberapa waktu kebelakangan ini, ada dua isu timbul – buku Seks Islam yang ditulis oleh Kelab Isteri Taat Suami dan isu Seksualiti Merdeka. Buku tersebut dan festival Seksualiti Merdeka telah diharamkan. Malah, kehadiran Elton John untuk menghiburkan hadirin juga dibantah dengan justifikasi orientasi seksnya.

Ya, seks adalah sesuatu yang taboo di Malaysia meskipun iklan berkaitan ubat kuat seks boleh ditemui di banyak tempat. Pada hemat saya, sikap taboo ini mempunyai sisi baik dan buruk.

Ia baik jika sikap taboo itu boleh menjadi pendinding untuk menjaga kehormatan diri. Namun, ia boleh menjadi buruk jika akhirnya ilmu pengetahuan berkaitannya tidak ada, dan pada tahap yang paling buruk, menjadi punca hilangnya kehormatan diri.

Saya memilih untuk meninjau wacana yang bergerak, khususnya dalam isu Seksualiti Merdeka yang dibantah ramai. Namun, ada juga terselit sejumlah kenyataan yang neutral dan positif berkaitannya. Di samping itu, ternampak ada juga pihak yang cuba untuk score political points daripada isu ini.

Sebenarnya, saya sudah menjangka bahawa isu ini lambat laun akan masuk ke ruang awam di Malaysia. Namun, saya tidak menjangka bahawa ia akan berlaku lebih awal memandangkan saya berpendapat wacana tentang moral tidak pernah dibincangkan tuntas tetapi mengalami nasib yang sama seperti banyak isu lain – akhirnya ia ‘dimatikan’ melalui kekuasaan. Begitulah lazimnya pergerakan isu di Malaysia.

Tanda keculasan ini nampak lebih ketara apabila ada yang wewenang mengaitkan masalah ini dengan soal kebebasan ala Barat, seolah-olah Barat itu tunggal dan tidak rencam. Jika mereka tahu bahawa isu kecenderungan seks sejenis itu telah wujud sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi, bahkan turut menjadi perdebatan hangat di Barat yang mereka tuduh itu, tentulah tindakan kurang cerdik untuk melonggokkan dakwaan hak asasi itu kebebasan ala Barat tidak dibuat. Malah, untuk mengatakan kebebasan di Barat itu tidak terbatas juga adalah satu kenyataan simplistik yang menggambarkan pengungkapnya bersikap semberono tentang Barat.

Kita tidak perlu pergi ke Barat untuk tahu tentang persoalan homoseksual di sana. Cukup jika kita meluangkan masa dan menggunakan enjin carian internet untuk membacanya. Jelas, isu ini juga menjadi keperihatinan mereka. Setakat pembacaan saya, perbezaan ketara yang boleh ditemui ialah pendekatan dalam menanganinya. Malah, saya berani mengatakan isu ini dibincangkan lebih meluas dan tersusun.

Saya percaya jika seseorang itu benar terdidik, mereka akan tahu bahawa kehormatan diri perlu dipelihara. Bagi seorang muslim, hukumnya jelas. Bukan sekadar hubungan sejenis, hubungan lelaki dan wanita juga ada batasnya. Tidak timbul isu ‘haram tetap haram’ kerana ia memang diakui dan tidak dibantah. Menganggap seorang muslim lain tidak mengetahui hukum tentang ini adalah satu persepsi yang boleh dikatakan kurang matang.

Isunya bukan hukum tetapi pendekatan menanganinya. Saya berpendapat tindakan undang-undang dan kenyataan hukum saja tidak memadai. Nampak sangat mudah bila hanya perlu melakukannya tanpa berinteraksi dengan falsafah di sebaliknya dan realiti sebenar. Tambahan pula, kerumitan boleh berlaku apabila hukum (dalam konteks ini merujuk kepada Islam) mahu digunakan kepada mereka yang tidak percaya kepadanya.

Berapa ramai di kalangan kita telah berusaha mendekati dan memahami mereka? Berapa ramai yang pernah bersuara jika ejekan, hinaan atau didiskriminasi dihamburkan dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan orientasi seks mereka?

Ya, kita bimbang kerana jika pembelaan itu nanti dinilai ramai sebagai satu kecenderungan menyokong orientasi seks mereka dan seolah-olah menggalakkannya. Logik mudah yang mahu dipakai ialah jika A membela B, maka A bersetuju dengan B dalam semua perkara. Apa yang tidak difahami ialah sekiranya A mempunyai pandangan tertentu berkaitan B secara peribadi, A tidak semestinya memaksa pandangan itu sebagai pandangan umum, apatah lagi menggunakan kekuasaan untuk itu. Kekuasaan sepatutnya melindungi yang lemah daripada terus ditindas. Oleh kerana kita bimbang, kita lebih rela melihat tekanan majoriti itu dibiarkan tanpa berusaha memisahkan tindakan yang betul dan salah, mencari apa yang lebih baik selain maki hamun.

Dalam kes Seksualiti Merdeka, saya yakin bahawa mereka adalah kelompok minoriti. Mereka berhak bersuara dan saya berhak mendengar tanpa perlu bersetuju dengan mereka. Boleh jadi ada isu yang dibangkitkan mereka itu mempunyai keabsahan. Jika mereka melakukan pertemuan di ruang tertutup untuk menyedarkan masyarakat tentang diskriminasi dan juga penindasan yang mereka hadapi, wajarlah kita memberi perhatian. Mengakui mana-mana isu yang absah dibangkitkan tidak menjadikan kita bersetuju dengan orientasi seks mereka.

Sebenarnya, persoalan seks tidak perlu dibawa ke ruang awam. Ini terpakai dalam mana-mana kes sekalipun. Sekiranya ia mahu dibawa ke ruang awam, maka ruang awam yang mengandungi pelbagai kelompok itu berhak menyuarakan fikiran dan perasaan mereka, dengan syarat ia berlangsung secara aman.

Sepatutnya tidak timbul kebimbangan isu ‘aksi tidak senonoh’ mereka di ruang awam kerana saya percaya sebagai masyarakat yang mementingkan moral, ‘aksi tidak senonoh’ mana-mana pihak di ruang awam wajar ditegur, tanpa menunggu kekuasaan untuk bertindak bagi pihak kita. Saya yakin jika masyarakat berani mengambil tanggungjawab ini, lambat laun masyarakat akan lebih jelas dengan isu ruang awam dan ruang persendirian yang nampak begitu kabur di Malaysia.

Sambil saya mempercayai pendekatan dakwah dan sains perlu digunakan terhadap kelompok ini, pendekatan sama juga perlu diajar kepada mereka yang wewenang menganggap tindakan diskriminasi itu betul dan baik.

Saya yakin bahawa cadangan yang diberikan ini sebenarnya tidak mudah untuk dilaksanakan. Bagaimanapun, itu tidak beerti ia tidak boleh dibincang lanjut. Bagi yang berdepan dengan masalah orientasi seks dan ingin berubah, ketahuilah ramai di luar sana yang mendoakan anda berubah meskipun mereka sendiri buntu untuk memberitahu apakah langkah terbaik yang patut diambil. Bagi yang gembira dengan orientasi seks sejenis, ketahuilah bahawa anda berhak dilayan dengan adil sebagai individu dan berusahalah untuk menghormati ruang awam dalam apa juga tindakan.

BERSIH dan Kebebasan Berhimpun
Frederic Bastiat, seorang ahli ekonomi dan penggubal dasar di Perancis pada abad ke-19 pernah mengungkapkan: “Nyawa, kebebasan dan harta benda tidak wujud kerana manusia membuat undang-undang. Sebaliknya, sebenarnya nyawa, kebebasan dan harta benda telah sedia wujud dan mendorong manusia membuat undang-undang”.

Reformasi Pilihan Raya di Malaysia

Pada 10 November 2007, satu perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) telah diadakan di Kuala Lumpur dan saya terlibat menyertainya. Perhimpunan ini diadakan bertujuan menyampaikan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong di Istana Negara dengan empat tuntutan utama iaitu:

Semakan semula daftar pemilih yang lengkap untuk memastikan segala kesalahan dibetulkan.

Penggunaan dakwat kekal untuk mencegah pengundian berulang.

Pemansuhan undi pos, kecuali kepada para diplomat serta pengundi di luar negara.

Akses media yang adil kepada semua pihak dalam Pilihan Raya supaya semua parti politik boleh menjelaskan dasar dan manifesto mereka kepada rakyat, khususnya para pengundi di Malaysia.

Selain daripada empat tuntutan utama ini yang bersifat jangka pendek, BERSIH turut menggariskan sejumlah tuntutan jangka panjang berkaitan sistem dan pentadbiran pilihan raya, penamaan calon dan parti, kempen pilihan raya, media, kerajaan sementara, daftar pemilih dan juga proses pengundian (rujuk bm.bersih.org/?page_id=53 untuk maklumat penuh).

Sehingga kini, semua tuntutan ini seperti tidak diendahkan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang pada mulanya mahu memperkenalkan dakwat kekal dalam Pilihan Raya Umum ke-12 pada tahun 2008 telah membatalkan keputusan tersebut pada saat akhir dengan alasan bahawa terdapat laporan polis yang menyatakan ada pihak telah menyeludup dakwat kekal untuk penyelewengan Pilihan Raya. Akibatnya, dakwat kekal bernilai RM3 juta yang didakwa telah dibeli oleh SPR tidak digunakan dan menyebabkan satu lagi pembaziran dana awam. Dalam kenyataan SPR kemudiannya, mereka mahu menggunakan sistem biometrik tetapi ia akan memakan masa dan belanja sebelum dapat dilaksanakan. Alasan yang bersifat dolak-dalik ini tidak wajar dibuat. Sepatutnya laksanakan sahaja apa yang mudah dan dapat dibuat sementara menunggu sesuatu yang sukar dapat dilaksanakan kemudiannya.

Justeru pada 9 Julai 2011 nanti, BERSIH akan menganjurkan perhimpunan kedua yang dinamakan BERSIH 2.0 untuk memanjangkan 7 tuntutan iaitu:

Pendaftaran pemilih secara automatic sebaik sahaja mereka mencecah usia layak mengundi.

Reformasi kepada sistem undi pos untuk para pengundi di luar bandar.

Penggunaan dakwat kekal untuk mengelakkan pengundian berulang.

Akses media yang adil kepada semua parti politik yang bertanding.

Tempoh kempen minima selama 21 hari.

Hak untuk badan bebas memantau proses pilihan raya dengan kebebasan untuk bertindak bagi menguatkuasa perkara berhubung kesalahan pilihan raya.

Menghapuskan rasuah pilihan raya.

Saya fikir semua tuntutan ini adalah sederhana. Penyertaan saya semasa perhimpunan pertama dahulu adalah sebagai tanda solidariti kepada semua tuntutan tersebut kerana berpendapat ada kelemahan dalam Sistem Pilihan Raya di Malaysia dan ia tentunya boleh diperbaiki demi masa depan sebuah kehidupan bernegara yang lebih baik. Ini penting kerana negara kita mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen.

Berdasarkan pemahaman saya, demokrasi bermaksud pemerintahan daripada rakyat untuk rakyat atau mudahnya rakyat adalah sumber keabsahan sebuah pemerintahan. Maksud ini ditunjukkan oleh satu sistem pilihan raya sebagai cara praktikal untuk menentukan siapa akan melaksanakan kuasa politik dalam negara dan tentunya kepada seluruh penduduk termasuk mereka yang dipilih. Justeru, sebuah Pilihan Raya yang dijalankan mestilah adil dan dilihat adil bermula daripada pendaftaran sebagai pemilih sehingga kiraan dan keputusan rasmi daripada pemilihan tersebut.

Selain itu, pilihan raya juga perlu dibuat secara berkala bagi membolehkan rakyat mempunyai kawalan terhadap pemerintah dan pemerintahan daripada pelbagai salah laku atau kelemahan kerana sumber asal keabsahan pemerintahan ini adalah daripada rakyat. Maka, rakyat berhak untuk membuat pilihan lain sekiranya mereka berpendapat itu lebih baik.

Ini adalah pemahaman demokrasi yang asas dan perlu difahami oleh setiap warganegara Malaysia agar isu-isu berbangkit mengenainya dapat dibincangkan dengan semangat kebebasan dan keadilan, seperti yang terungkap dalam Pemahsyuran Kemerdekaan negara.

Dalam Laporan Indeks Demokrasi yang dibentuk oleh Unit Cendekiawan Economist, Malaysia berada di tangga ke-71 dan dikategorikan sebagai sebuah negara yang pincang amalan demokrasinya, sama seperti puluhan negara lain. Namun, harus menjadi perhatian di sini ialah jumlah mata penilaian yang diberikan untuk ciri proses pilihan raya dan kepelbagaian hanya 6.50 (daripada 10.0 mata penuh). Ini bermaksud, daripada 53 buah negara yang dikategorikan pincang demokrasinya, Malaysia hanya lebih baik daripada Namibia yang mengutip 5.25 mata dalam ciri proses pilihan raya dan kepelbagaian. Ia juga menunjukkan kutipan mata dalam ciri tersebut lebih rendah berbanding sebahagian negara dalam kategori hibrid rejim.

Ini mengukuhkan lagi pandangan bahawa proses pilihan raya di Malaysia perlu diperbaiki.

Meskipun semua tuntutan itu sederhana dan penting dalam konteks sistem kenegaraan, ia lebih banyak dilihat oleh pihak kerajaan dan parti pemerintah sebagai agenda politik yang bertujuan menjatuhkan mereka. Ia seolah-olah satu pengakuan bahawa semua tuntutan itu mempunyai asasnya tersendiri dan kerajaan serta parti pemerintah tidak bersedia memenuhi tuntutan tersebut kerana ia hanya merugikan mereka. Jika benar, itu tentulah tidak dapat diterima kerana jelas sekali kerajaan dan parti pemerintah membelakangi proses demokrasi yang sihat untuk kekal berkuasa. Kerajaan dan parti pemerintah harus sedar bahawa petunjuk demokrasi ini sentiasa akan dipakai dan dipertahankan, terlepas parti mana pun yang berjaya mendapatkan kerusi majoriti dalam pilihan raya. Demokrasi dan petunjuk amalan terbaik pilihan raya tidak wajar dijadikan hak milik mana-mana parti politik atau pihak tertentu. Sebaliknya, ia mesti dijadikan satu prinsip dan petunjuk yang menjadi milik dan amalan bersama.

Selain daripada itu, pertikaian juga muncul berkaitan keperluan mengadakan perhimpunan awam untuk penyerahan memorandum semua tuntutan tersebut. Ini adalah satu pertikaian yang telah lama timbul dan saya fikir ia mesti diselesaikan secara tuntas.

Pertama, saya percaya bahawa hak BERSIH untuk berhimpun dan bergerak ke Istana Negara dengan tujuan menyampaikan memorandum semua tuntutan tersebut perlu dijamin. Jaminan yang sama perlu diberikan kepada Gerak Aman atau Pemuda UMNO sekiranya mereka juga mahu berhimpun. Jaminan ini adalah selaras dengan Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan Malaysia, Artikel 20(1) Deklarasi Sejagat tentang Hak Asasi Manusia 1948 dan Perjanjian Antarabangsa Hak Sivil dan Politik 1966.

Beberapa pertikaian wujud dan ia boleh dibincang atau didebatkan untuk memperkaya pemahaman masyarakat tentang Perlembagaan dan idea kenegaraan antaranya:

Perkara 10(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh dengan undang-undang menggunakan ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu dan mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan.

Secara asasnya haruslah difahami di sini bahawa dalam mana-mana aspek perundangan akan sentiasa ada apa yang disebut pengecualian. Ini penting kerana manusia itu bersifat dinamik. Justeru, secara umumnya satu ketetapan diperlukan di samping pengecualian yang boleh diambil atas faktor keadaan. Sebagai contoh, secara umumnya semua orang bebas bekerja dan melakukan pelbagai aktiviti. Namun, Parlimen boleh membuat satu keputusan untuk tidak membenarkan sesiapa bekerja atau melakukan aktiviti lain dengan mengisytiharkan darurat atas faktor tertentu bersabit keselamatan negara misalnya ada ancaman serangan bersenjata oleh pihak tertentu. Oleh yang demikian, peruntukan perlembagaan dalam hal ini perlu dibaca dengan jelas bahawa ketetapan umumnya ialah jaminan kebebasan sementara sekatan ke atasnya adalah berdasarkan situasi – yang dinyatakan sebagai kepentingan keselamatan Persekutuan.

Seksyen 27 Akta Polis 1967 juga digunakan untuk menjustifikasikan tindakan polis semasa perhimpunan berlaku. Akta ini mensyaratkan kelulusan pegawai polis daerah berkenaan jika perhimpunan mahu dibuat dan kelulusan adalah atas budi bicara pihak polis.

Ketika menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Rais Yatim pernah berkata Seksyen 27 Akta Polis 1967 ini tidak wajar dipakai kerana ia boleh mengelirukan undang-undang itu sendiri. Meskipun beliau tidak menjelaskan bagaimana ia boleh mengelirukan, saya fikir ini boleh dilihat dalam konteks bagaimana polis mempunyai lebihan kuasa berbanding Parlimen dalam isu kebebasan asasi dan pengecualiannya. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) dalam Laporan Tahunan 2010 telah mencadangkan sejumlah pemansuhan sub-seksyen dalam Akta Polis tersebut di samping mengesyorkan polis menggunakan cara yang sederhana dan tanpa keganasan dalam menangani sebarang perhimpunan aman.

SUHAKAM juga menegaskan hak berhimpun secara aman dan menekankan bahawa polis tidak patut bertindak secara syak wasangka, spekulasi, takut atau imaginasi. Perlu ada bukti jelas bahawa ketidakteraman awam dan kecenderungan ke arah keganasan berlaku.

Dalam kata lain bersabit dua perkara di atas, meskipun kerajaan mempunyai tugas memastikan keamanan dan keselamatan, kebebasan berhimpun tidak harus disekat secara arbitrari (ditentukan sewenang-wenangnya tanpa satu piawaian dan sebab yang munasabah, misalnya berlaku tindakan luar kawal yang memaksa tindakan diambil). Dalam hal kebebasan berhimpun ini, penguatkuasaan Perkara 10(2) memerlukan satu keputusan Parlimen. Selain daripada persoalan di atas, Laporan Kebebasan Berhimpun yang diterbitkan oleh SUHAKAM juga baik untuk dirujuk.

Saya juga tidak mahu meremehkan hujah kemungkinan huru-hara berlaku dan satu situasi tidak aman yang boleh menjejaskan perniagaan kerana sebagai seorang pendokong kebebasan pasaran, tentulah kedua-dua perkara ini tidak baik untuk kesejahteraan pasaran. Justeru, bagaimana perhimpunan ini boleh diteruskan dan persoalan ini dapat diselesaikan?

Saya mahu mencadangkan agar:

Pihak polis bertemu dengan penganjur dan membincangkan isu kawalan keselamatan untuk mencapai kedua-dua objektif – perhimpunan dan penyerahan memorandum serta keamanan. Kedua-dua pihak harus memberikan kerjasama untuk membolehkan ia berjalan dengan lancar.

Satu keputusan boleh diambil misalnya perhimpunan BERSIH 2.0 boleh dibuat di Dataran Merdeka pada jam 10 pagi, bergerak ke Istana Negara dan tamat sebelum jam 12 tengah hari.

Jika ada perhimpunan lain mahu diadakan oleh pihak tertentu misalnya Gerak Aman tau Pemuda UMNO, pihak polis boleh menentukan agar ia tidak mengganggu atau menghalang laluan perhimpunan dan pergerakan BERSIH 2.0 antara jam 9.30 pagi hingga 12.30 tengahari (mengambil kira pergerakan peserta perhimpunan untuk ke lokasi program dan bersurai). Perhimpunan dan pergerakan BERSIH 2.0 juga tidak boleh diadakan di tempat atau laluan perhimpunan lain. Konsep yang boleh diambil sebagai contoh di sini ialah lampu trafik di mana semua pihak diberikan hak pada tempoh waktu tertentu.

Perhimpunan BERSIH 2.0 lebih jelas objektifnya dan bagaimana mencapainya secara aman. Perhimpunan lain juga perlu jelas objektifnya dan bagaimana mencapainya secara aman.

Jika pihak polis boleh menutup jalan untuk laluan tertentu bagi tempoh tertentu semasa acara tertentu, perkara yang sama boleh dilakukan untuk hal ini.

Pihak polis tidak perlu mengadakan sekatan trafik sejauh misalnya sekitar Perhentian Serdang untuk melambatkan pergerakan trafik. Saya percaya dengan makluman laluan perhimpunan BERSIH 2.0 (dan perhimpunan lain, jika ada) pada tempoh tertentu; orang ramai boleh membuat perancangan sendiri tentang kegiatan mereka, sama ada bersifat perniagaan atau tidak.

Jika ada kekacauan timbul, pihak polis boleh menangkap individu atau kumpulan individu yang terbabit sahaja. Ini boleh dilakukan dengan bantuan peserta perhimpunan melalui rundingan awal tadi supaya disiplin perhimpunan dapat diwar-warkan. Selepas proses awal itu dibuat dan masih terdapat peserta yang tidak berdisiplin, jelaslah bahawa individu terbabit mungkin hadir untuk membuat sabotaj. Sepanjang pengalaman menyertai perhimpunan, saya berani katakan bahawa peserta perhimpunan cukup berdisiplin selagi tidak ada gangguan tidak munasabah seperti pancutan air kimia atau gas pemedih mata.

Saya sangat percaya bahawa secara umumnya rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan. Namun, itu tidak bermakna keamanan mewajarkan rasuah dan salah guna kuasa dibiarkan. Ketidak-tenteraman awam juga boleh berlaku apabila rasuah dan salah guna kuasa berlaku tetapi didiamkan, malah suara yang menentang kebobrokan ini ditindas.

Banyak negara boleh terus maju dengan jaminan hak asasi rakyat untuk berhimpun dan juga bersuara terus dipelihara. Ada juga negara yang berdepan dengan tuntutan asasi untuk berhimpun dan juga bersuara kerana mereka kemunduran dan ketidaktentuan ekonomi dan politik di sana berlaku akibat rasuah dan salah guna kuasa.

Akhir sekali kepada semua pihak yang saya percaya masing-masing mahu mengatakan mereka bertujuan baik, meminjam pertanyaan W.S. Rendra: “Maksud baik kamu untuk apa? Maksud baik kamu untuk siapa?”

Singapura: Dekat tapi jauh
Mari kita rakyat Singapura

Sama-sama menuju bahagia

Cita-cita kita yang mulia

Berjaya Singapura

Marilah kita bersatu

Dengan semangat yang baru

Semua kita berseru

Majulah Singapura

Majulah Singapura

Marilah kita bersatu

Dengan semangat yang baru

Semua kita berseru

Majulah Singapura

Majulah Singapura

~Majulah Singapura

Saya telah menghafal lagu rasmi negara Singapura yang digubah oleh Zubir Said ini ketika mengikuti latihan 25 hari di Outward Bound School, Lumut (kini Outward Bound Malaysia, Lumut). Dalam tempoh itu, hampir setiap pagi kami akan mendengar kakitangan Penerbangan Antarabangsa Singapura (SIA) menyanyikan lagu ini sebelum kami menyanyikan Negaraku.

Singapura bukanlah negara yang asing buat kebanyakan warga Malaysia. Setakat yang diingati, kali pertama saya mengenali negara Singapura ialah melalui Liga Bola Sepak Semi-Pro Malaysia. Waktu itu nama seperti Fandi Ahmad, V. Sundramoorthy, Malek Awab dan David Lee adalah antara nama yang cukup dikenali di kalangan peminat bola sepak di Malaysia. Lambang Singa yang sinonim dengan Singapura itu cukup dekat dengan lambang singa yang menjadi jolokan kepada pasukan bola sepak negeri Perlis, Singa Utara.

Lambang Singa ini sudah tentu berkaitan dengan nama negara Singapura yang menurut bahasa Sanskrit bermaksud “Kota Singa” dan dikatakan diambil melalui kisah haiwan yang ditemukan oleh Sang Nila Utama tatkala bersiar-siar di tepi pantai. Namun, dalam catatan C.M. Turnbull, A History of Singapore 1819-1988 menyebut bahawa ia adalah satu paradoks kerana singa tidak pernah terdapat di negara itu.

Selain itu, negara Singapura juga dikenali melalui sejumlah kisah rakyat dan sejarah misalnya Hang Nadim: Singapura Dilanggar Todak, sejarah pembukaan negeri Melaka di mana Parameswara melarikan diri dari negara itu ketika ia masih disebut Temasek dan tentulah lokasi kegemilangan filem Melayu satu ketika dulu: Studio Jalan Ampas.

Kemudian saya tahu bahawa Singapura bersama Sabah, Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu membentuk sebuah negara dinamakan Malaysia pada 16 September 1963. Namun, penyatuan Singapura sebagai sebuah entiti yang membentuk Malaysia tidak lama. Persetujuan dicapai untuk memisahkan Singapura daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965.

Ramai yang tidak tahu, bahkan mungkin saya juga salah memahami akan hal-hal yang telah mendorong Singapura bersama membentuk Malaysia sebelum memisahkan diri. Namun, sedikit sebanyak kesan daripada sejarah ini masih menghantui Malaysia (dan mungkin juga Singapura) sehingga kini.

Dari sejarahnya, Singapura juga gemilang sebagaimana Melaka, kerana berada di laluan strategik untuk perdagangan. Pada masa lalu, pelabuhan memainkan peranan yang cukup besar dalam memangkin urusan perdagangan. Jika di Pulau Pinang orang ramai mengenali nama Francis Light, di Singapura pula nama Stamford Raffles lebih dikenali. Beliaulah wakil kepada Syarikat Hindia Timur yang menandatangani perjanjian dengan Sultan Hussein Shah untuk British mula menduduki dan membangunkan sebahagian kawasan di Singapura. Ia menjadi titik mula British menakluki seluruh pulau itu kemudiannya melalui satu perjanjian lain di mana Singapura dijadikan sebahagian daripada Negeri-Negeri Selat (selain Melaka dan Pulau Pinang).

Sebenarnya, pada abad ke-18 hingga abad ke-20, usaha meluaskan wilayah perdagangan rancak dilakukan oleh kuasa-kuasa besar dunia waktu itu. Syarikat Hindia Timur ini berpeluang untuk membuka laluannya ke China seawal tahun 1771, ketika Sultan Kedah mencari sokongan untuk melindungi wilayahnya. Sebagai cagaran, Pulau Pinang ditawarkan kepada syarikat ini. Semua ini berlaku sebelum British mengambil alih pelabuhan Melaka dan Singapura. Negeri-Negeri Selat ini, termasuk Singapura, ditadbir oleh Residen.

Singapura juga tidak terlepas daripada tempias persaingan kuasa-kuasa besar dulu. Pendudukan Jepun di Malaya pada awal 1940-an telah memudahkan kejatuhan Singapura sebagai kubu British kepada negara Matahari Terbit itu. Waktu itu Singapura dikenali sebagai Shonanto, yang bermaksud Pulau Selatan.

Ramai tidak menyangka bahawa tentera British boleh dikalahkan oleh tentera Jepun. Ternyata kempen ‘Asia untuk orang Asia’ yang dipopularkan Jepun telah berhasil memberi mereka ruang untuk melebarkan pengaruh mereka di negara-negara Asia yang ditadbir oleh kuasa Barat seperti British. Namun, ia tidak kekal lama kerana kekalahan Jepun dalam Perang Dunia ke-2 dengan peristiwa ledakan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki telah memaksa mereka menyerah kalah dan berundur.

Kembalinya British selepas itu tidak lagi sama. Di mana-mana terdapat pelbagai pihak mula melancarkan tunjuk perasaan menuntut pemerintahan sendiri. Persaingan kuasa besar yang tidak surut sepenuhnya pada waktu itu membuatkan British bimbang dengan kemungkinan meluasnya pengaruh fahaman sosialisme-komunisme di Singapura. Namun, British sangat sedar bahawa melengahkan tuntutan tersebut juga mempunyai kesannya tersendiri. Ia kemudian diterjemahkan pentadbiran sendiri dengan kuasa berkaitan pertahanan dan hubungan luar masih di bawah British.

Selepas itu kecenderungan British ialah menjadikan Singapura sebahagian daripada Malaysia, meliputi Sabah dan Sarawak. Ini keputusan penting yang dipersetujui oleh Lee Kuan Yew yang telah menjadi Perdana Menteri Singapura selepas Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang dipimpin beliau menang dalam Pilihan Raya di negara itu pada Mei 1959. Sebagai sebuah negara kecil dengan segala keterbatasan sumber, di samping mengelakkan pelebaran penguasaan kumpulan pro-komunis yang bersaing hebat dengan PAP, keputusan tersebut dilihat sebagai bijaksana. Ini ditambah lagi dengan perkembangan populasi yang agak mendadak di negara tersebut. Pada sekitar tahun 1950-an dan 1960-an, Hospital Kandang Kerbau di Singapura mencatatkan jumlah kelahiran yang cukup tinggi dengan 1966 dicatatkan dalam The Guiness Book of World Records sebagai tahun terbanyak kelahiran bayi, berjumlah 39,856 orang!

Sebenarnya, isu hubungan kaum telah mula difikirkan pada waktu itu. Bancian pada tahun 1960 menunjukkan populasi Melayu di Persekutuan Tanah Melayu ialah seramai 3.46 juta orang manakala Cina seramai 2.55 juta orang dan India pula seramai 700 ribu orang. Tetapi bancian di Singapura pula menunjukkan orang Melayu hanya seramai 232 ribu orang sementara orang Cina seramai 1.25 juta orang dan orang India seramai 140 ribu orang. Tunku berpendapat hal ini dapat diimbangkan dengan melibatkan Sabah dan Sarawak. Hasrat Tunku ini berhasil apabila dapatan Bangsa Bersatu menunjukkan bahawa rakyat di Sabah dan Sarawak cenderung bersetuju untuk bersama membentuk Malaya. Kerana kajian inilah, 31 Ogos 1963 yang merupakan tarikh asal pembentukan Malaysia telah dianjak. Selama 15 hari kerajaan Singapura diisytiharkan merdeka dengan PAP menjadi pemegang amanah sehingga pembentukan Malaysia.

Sebagaimana Sabah dan Sarawak selepas pembentukan Malaysia, Singapura tidak membenarkan penglibatan UMNO dalam politik di sana. Namun, UMNO melanggar persetujuan tersebut dengan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri di Singapura pada tahun 1963. Meskipun UMNO gagal memenangi sebarang kerusi, hubungan UMNO dan PAP mula longgar. Kemudian PAP telah membuat keputusan menyertai Pilihan Raya Persekutuan dan memenangi satu kerusi di Parlimen Malaysia.

Pelbagai isu yang kemudian timbul. Daripada tindakan Konfrontasi oleh Indonesia yang melihat pembentukan Malaysia sebagai agenda pro-British – dan diterjemahkan kepada serangan fizikal melibatkan nyawa, harta benda dan pemutusan hubungan diplomatik, layanan kaum yang tidak saksama di empat wilayah bergabung ini, pertembungan pelbagai parti politik yang membawa kepada gabungan parti-parti yang berlawanan – Perikatan Kebangsaan Malaysia dipimpin oleh UMNO dan Konvensyen Perpaduan Malaysia dipimpin oleh PAP, dan akhirnya pertembungan kaum yang semakin tidak terkawal.

Seluruh peristiwa ini telah memakan korban nyawa dan harta benda yang tidak sedikit. Lebih daripada itu, ia kekal sebagai bayang-bayang kepada masa depan negara Singapura dan Malaysia yang kini membentuk dua negara berbeza.

Baru-baru ini saya dijemput hadir mengendalikan perbincangan berkaitan keputusan Pilihan Raya di Singapura yang dilangsungkan pada awal Mei 2011. Saya tidak dapat hadir pada saat akhir kerana diserang alergi. Namun, dalam perbualan lain dengan seorang rakan, saya ditanya apakah kesan keputusan Pilihan Raya Singapura kepada Malaysia. Untuk saya, ia tidak memberi banyak kesan kepada Malaysia sebaliknya keputusan Pilihan Raya di Malaysia-lah yang sedikit sebanyak menyumbang kepada keputusan Pilihan Raya di Singapura itu.

Saya berpandangan sedemikian kerana umumnya rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu, tidak melihat Singapura sebagai satu kayu ukur kepada apa yang mahu dicapai oleh mereka. Ini mungkin disebabkan oleh sentimen yang lama dikobar oleh Dr. Mahathir dulu. Di kalangan orang Melayu, Singapura adalah model bagaimana masyarakat Melayu ditindas dan itu menjadi sebab kenapa UMNO dilihat sebagai wadah penting di samping DAP adalah cerminan PAP.

Dengan sentimen itu, orang Melayu tidak berminat untuk melihat bagaimana misalnya:

Singapura berkongsi tangga pertama dalam Indeks Persepsi Rasuah (bermaksud negara itu paling kurang rasuah berbanding negara-negara lain di dunia) bersama Denmark dan New Zealand.

Negara itu juga boleh dilihat sebagai contoh dalam perlindungan harta intelek di mana mereka telah diiktiraf sebagai negara terbaik dalam hal tersebut.

Karenak birokrasi di negara itu juga disenaraikan sebagai paling kurang.

Ekspatriat melihat negara itu sebagai pilihan utama di kalangan negara Asia jika mereka ingin bekerja. Kebebasan pekerjaan menjadikan ia negara terbaik untuk bakat luar masuk.

Meskipun berada di tangga ketujuh dalam senarai negara paling berinovasi, Singapura dianggap sebagai antara negara yang paling berdaya saing.

Banyak lagi yang boleh dipelajari daripada negara itu boleh disenaraikan. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber terbatas, pencapaian Singapura itu boleh dipuji.

Namun, ada yang menarik untuk dilihat selain daripada kekayaan ekonomi.

Semasa saya di Amerika Syarikat pada tahun 2008, Singapura menjadi satu subjek perbincangan menarik di kalangan peserta kursus musim panas yang saya ikuti. Sebelumnya saya agak terkejut kerana tidak ramai yang mengenali Malaysia berbanding Singapura. Mereka yang tahu mengenai Malaysia juga mempunyai gambaran terhad – mengetahui Mahathir, Anwar Ibrahim dan KLCC. Mereka lebih mengenali Singapura kerana kemakmuran ekonomi di negara itu.

Dalam kursus musim panas itu saya mendalami sedikit sebanyak falsafah, sejarah, perundangan dan ekonomi kebebasan. Dilema sering berlaku di kalangan pendokong kebebasan kerana realiti menunjukkan terdapat negara mempunyai kebebasan ekonomi yang baik tetapi tidak mempunyai kebebasan politik yang baik. Singapura adalah contoh yang sering dikutip. Meskipun ekonomi negara itu dilihat makmur, persekitaran politiknya dikategorikan sebagai hibrid rejim. Singapura ditempatkan pada kedudukan ke 82 dalam Indeks Demokrasi di mana Bangladesh berada di tempat ke 83 dan Bolivia serta Hong Kong berkongsi tempat ke 81.

Hakikat kesempitan ruang demokrasi di Singapura ini dapat saya rasakan semasa berkunjung ke sana. Ketika menaiki teksi untuk ke beberapa destinasi di negara itu, saya seringkali diajak oleh pemandu di sana berbual tentang politik. Kelihatan mereka mengikuti perkembangan politik di Malaysia. Menurut mereka, di Singapura sukar untuk berbual politik di tempat awam kerana ada ejen pemerintah berpakaian biasa yang boleh menangkap sesiapa saja dengan tuduhan subversif. Mendengar tentang itu, saya terkenangkan bagaimana ejen Nazi mengukuhkan kawalan Hitler terhadap rakyat mereka. Ia saling tidak tumpah sama. Saya tidak pasti akan kebenaran cerita pemandu teksi itu tetapi berpendapat itu sangat tidak wajar.

Bagi sesetengah kenalan semasa di Amerika Syarikat dulu, mereka juga percaya bahawa dengan kebebasan ekonomi, kebebasan politik akan diperolehi. Maksudnya, lebih baik ada kebebasan ekonomi berbanding kebebasan politik berbanding adanya kebebasan politik tanpa kebebasan ekonomi.

Saya fikir itu ada asasnya tersendiri.

Ia mengingatkan saya kepada pertembungan idea Nilai Asia yang dipegang oleh Dr. Mahathir dan Lee Kuan Yew dengan pandangan Kebangkitan Asia yang dipopularkan oleh Anwar Ibrahim. Sambil Nilai Asia tebal dengan pandangan skeptikal kepada demokrasi, Kebangkitan Asia pula mengangkat wacana demokrasi sebagai nilai yang sebenarnya ada dalam tradisi Asia.

Pertembungan ini masih belum berakhir. Ramai pemikir dan ahli ekonomi terus mencari jawapan kepada hubung-kait pertumbuhan ekonomi dan kebebasan politik. Saya fikir persoalan ini tidak harus dilihat sebagai permainan kalah mati tetapi mesti dilihat sebagai satu sinergi, sebagaimana cuba diterangkan oleh Amartya Sen melalui karyanya Freedom as Development.

Singapura telah menunjukkan kemampuannya dalam mendorong pertumbuhan ekonomi. Kuasa masih di tangan PAP dalam Pilihan Raya yang diadakan awal Mei lalu. Namun, hakikat bahawa 81 daripada 87 kerusi yang dimenangi itu tidak mencerminkan realiti perolehan sokongan dalam pengundian (di mana PAP hanya mendapat 60.14% undi) adalah sesuatu yang perlu difikirkan secara serius oleh semua yang menghargai erti hidup bernegara, di mana pun kita berada.

Sebagai seorang warga dunia yang melihat isu kemanusiaan, keadilan dan kebebasan melangkaui sempadan geografi, saya mendoakan kemajuan Singapura – tidak terbatas kepada pengertian ekonomi, tetapi mencakupi seluruh medium yang dapat mengangkat martabat manusia ke tahap lebih baik.

Tulisan ini pernah disiarkan di JalanTelawi.com.

Tahun Kosong
Lewat Februari hingga awal Mac lalu, saya memilih mengeluarkan  belanja untuk hadir ke Program Pemimpin Muda Nahdah Asia siri ke-5 yang  berlangsung di Kemboja. Sebagai alumni program tersebut, saya selalu  cuba memahami beberapa isu setempat termasuk sejarahnya.

Intrik politik di Kemboja pasca kemerdekaan negara itu mungkin rumit  disebabkan ia berlaku seiring dengan perkembangan Perang Vietnam.  Pertembungan ideologi masih belum surut dan kekal bersemarak pasca  Perang Dunia kedua.

Perlembagaan buatan kolonial Perancis membenarkan waris daripada dua  keluarga – Sihanouk dan Sisowath. Dalam getir intrik yang berlaku, saya  menemukan kenyataan kesal dalam kecaman Raja Sisowath Sirik Matak kepada  Amerika lewat suratnya kepada duta rasmi negara itu di Kemboja. Waktu  itu Amerika menawarkan perlindungan kepada beliau daripada terus ditahan  lewat konfliknya dengan Sihanouk dan Perdana Menteri, Lon Nol. Katanya: “Saya  memahami sikap Amerika untuk tidak campur tangan dalam urusan dalaman  (Kemboja). Tetapi sekiranya Amerika terus memberi sokongan kepada rejim  (Sihanouk) yang sedang memerintah, kami akan jatuh ke tangan Komunis.  Anda memberi bantuan kepada seorang manusia (merujuk dirinya – penulis)  yang mahu hidup secara bebas. Namun, apabila anda menyokong rejim yang  tidak mendapat sokongan rakyat, anda sebenarnya sedang membantu  Komunis.”

Persoalan berkaitan turut dibangkitkan dalam program tersebut. Dalam  beberapa sesi  perbincangan, saya mengesan perasaan mendalam daripada  pertanyaan seorang peserta dari Kemboja. Katanya: “Saya telah banyak  kali mempertanyakan soalan ini kepada ramai orang tetapi saya tidak  memperolehi jawapan yang memuaskan. Saya tertanya kenapakah masyarakat  dunia tidak mengambil tindakan yang sepatutnya untuk campur tangan bagi  mengelakkan tragedi ini?”. Soalan peserta ini merujuk kepada  tragedi penyiksaan dan pembunuhan beramai-ramai di Padang Pembunuhan  (the Killing Fields) dan Pusat Tahanan Tuol Sleng yang dikenali dengan  panggilan S21. Daripada banyak sumber yang tercatat, jumlah kematian di  era pemerintahan Khmer Rouge (1975-1979) pimpinan Pol Pot itu adalah  seramai kira-kira 2 juta orang – satu perlima daripada jumlah penduduk  di Kemboja pada waktu itu. Ini termasuk 35,000 warga asing dari pelbagai  negara, khususnya Vietnam.

Saya tidak dapat menahan diri daripada mengunjungi kedua-dua tempat  tersebut. Sukar untuk saya memahaminya. Untuk manusia normal, melihat  kebenaran sejarah yang ditunjukkan di sana cukup mengganggu perasaan.  Tidak dapat saya bayangkan bagaimana mereka yang berdepan dengan realiti  pahit tersebut. Fikiran menjadi keliru kerana sepanjang wisata saya ke  negara itu, rakyatnya ternyata cukup berhemah. Namun, rakan dari Kemboja  mengingatkan kecenderungan ekstrim rakyat di sana – yang baik boleh  jadi sangat baik dan yang jahat boleh jadi sangat jahat.

Tidak banyak boleh saya dapatkan daripada cerita rakyat – atau lebih  khusus pemandu Tuk Tuk yang saya ambil. Mereka sebolehnya tidak mahu  mengingati peristiwa tersebut. Mereka sendiri tidak dapat memahami  sepenuhnya kezaliman yang berlaku. Mereka percaya sebahagian pejuang  revolusi Khmer Rouge itu baik tanpa menafikan penolakan terhadap  kezaliman yang berlaku. Saya membeli beberapa bahan untuk ditonton dan  dibaca bagi menambah kefahaman tentang apa yang berlaku.

Semuanya bermula pada April 1975. Waktu itu Perang Vietnam mulai  berakhir dan Amerika Syarikat meninggalkan Saigon, ibu kota Selatan  Vietnam sebelum diduduki oleh Tentera Rakyat Vietnam dan Barisan  Pembebasan Kebangsaan, sekaligus memulakan era pemerintahan komunis di  negara itu.

Kemboja tidak terlepas daripada menerima tempias pergolakan di  Vietnam. Ketika negara jiran mereka bergolak, pertembungan dasar  berlaku. Ramalan bahawa negara China tidak akan menguasai Indo-China  telah menyebabkan Raja Norodom Sihanouk mula menjalinkan hubungan  diplomatik dengan negara tersebut termasuk Kesatuan Soviet Rusia.  Pelabuhan di Sihanoukville telah dijadikan jalan pembekalan senjata  kepada Vietnam. Tindakan itu telah menyebabkan Kemboja tidak lagi  dilihat negara berkecuali. Sihanouk kehilangan kuasa melalui coup d’etat tentera yang dipimpin oleh Jeneral Lon Nol dengan bantuan Sirik Matak.

Sihanouk yang berada di luar negara ketika rampasan kuasa itu berlaku  kemudiannya ‘bekerjasama’ –dari luar negara – dengan Pol Pot atau nama  sebenarnya Saloth Sar, musuh politik lamanya untuk menentang  pemerintahan baru tentera tersebut. Kehadiran ramai tentera dan tindakan  pengeboman di kawasan Timur Cambodia yang menjadi tempat persinggahan  rakyat dari Utara Vietnam telah membunuh ratusan ribu orang dan  ketidakstabilan yang berlaku menjadikan populariti Pol Pot semakin  meningkat. Dengan gerakan tersusun, Pol Pot merancang pengambil-alihan  kuasa.

Tanggal 17 April 1975, Phnom Penh mula dikawal sepenuhnya oleh rejim  komunis Khmer Rouge. Kebanyakan yang mengikutnya ialah remaja dan anak  muda yang menyokong gerakan revolusi bersenjata. Kehadiran mereka  disambut gembira oleh penduduk di Phnom Penh yang mula melihat masa  depan lebih baik untuk negara mereka. Tidak ada lagi peperangan dan  pemberontakan.

Namun, kegembiraan itu tidak lama. Hanya selepas beberapa jam, Phnom  Penh mula dikosongkan dan penduduk dikerah bergerak ke pinggir bandar –  berjalan kaki dan diiringi oleh gerila bersenjata. Rakyat asing mula  meninggalkan negara tersebut. Bagi yang gagal berbuat demikian, nasib  mereka tidak pernah diketahui dan kemudiannya dianggap mati, kecuali  beberapa yang mayatnya dapat dikesan kemudian.

Pol Pot mula melancarkan apa yang disebut sebagai revolusi pertanian,  meniru sebahagian Revolusi Budaya ala Mao Zedong di China di mana  beliau pernah melihatnya sendiri dalam kunjungan ke negara itu. ‘Abang  besar nombor 1’ itu mengatakan “sesiapa yang mempunyai beras mempunyai segala-galanya”.  Ironinya, Parti Komunis Kemboja yang merupakan tulang belakang di  sebalik rejim Khmer Rouge itu mengisytiharkan nama baru negara itu  sebagai Republik Demokrasi Kemboja. Pol Pot  mengumumkan permulaan Tahun  Kosong dengan agenda utamanya ialah penyucian pemikiran yang bercanggah  dengan komunisme. Kesetiaan rakyat mesti ditumpahkan sepenuhnya kepada  Angkar, nama lain bagi rejim Khmer Rouge – Parti Komunis Kemboja.

Rakyat Kemboja tidak dibenarkan ke luar negara – kecuali sebahagian  yang sempat diselamatkan melalui penerbangan keluar duta dan rakyat  asing. Mereka ini terdiri daripada rakyat Kemboja – dan ahli keluarga  mereka – yang bekerja dengan kedutaan atau syarikat negara terbabit.

Bagi memastikan Tahun Kosong berlangsung sepenuhnya, generasi lama  perlu dihapuskan kerana mereka dianggap sebagai kelompok yang telah  tercemar pemikirannya. Waktu itu bergentayangan ungkapan ‘sesiapa yang merungut adalah pengkhianat, sesiapa yang melawan adalah mayat’.

Antara kelompok awal yang dibunuh ialah para profesional, bijak  pandai, orang kaya dan bekas pegawai kerajaan terdahulu. Ia dibuat  dengan pengumuman bahawa Angkar sangat memerlukan mereka untuk membantu  usaha revolusi bagi memajukan negara. Tidak terhad kepada kelompok  tersebut yang berada di dalam negara, mereka yang pulang dari luar  negara juga dipanggil balik dengan alasan yang sama sebelum dibunuh.  Mereka yang berlindung di kedutaan asing juga diseret keluar bersama  keluarga masing-masing sebelum dibunuh. Kekuatan sosial yang lain  seperti kelompok yang beragama Buddha dan selainnya juga menjadi mangsa  pembunuhan kejam selain banyak tempat ibadat turut dimusnahkan. Etnik  minoriti seperti Vietnam, Cina, Muslim Champa serta sejumlah etnik lain  turut dikorbankan.

Tenaga rakyat yang diusir ke pinggir bandar dikerah sepenuhnya untuk  pertanian. Ramai yang mati akibat beban kerja yang melampau di samping  penyakit dan kelaparan akibat catuan makanan – hanya 180 gram nasi  seorang untuk dua hari, berbeza dengan gerila yang dibenarkan menikmati  makanan yang lebih baik. Dengan kawalan gerila, mereka – antara 10  hingga 15 keluarga – ditempatkan bersama dalam satu rumah. Mereka yang  bermasalah akan diseksa dan lazimnya dibunuh. Untuk gerila ini, hidup  atau mati mereka itu tidak signifikan. Menurut Dith Pran, rakyat Kemboja  yang pernah menjadi hamba kepada rejim ini sebelum berjaya melarikan  diri ke kem perlindungan pelarian di sempadan Thailand, sepanjang waktu  itu “hanya mereka yang diam akan terus hidup” meskipun  sebahagian yang diam juga boleh saja dibunuh sekiranya para gerila mahu  berbuat demikian. Tidak ada sesiapa dibenarkan berhimpun lebih daripada  dua orang tanpa pengawasan.

Selain daripada tapak Choeung Ek iaitu Padang Pembunuhan  beramai-ramai yang masih ada (dan itu bukan satu-satunya), tempat yang  masih dipelihara dan kekal dikunjungi ialah Tuol Sleng atau dikenali  sebagai S-21. Sekolah yang ditukar menjadi pusat tahanan ini merupakan  tempat di mana ‘penyiasatan’ dibuat.

Sebagaimana di tapak Padang Pembunuhan, masih ada bekas dan sisa terdahulu yang kekal. Jika di Padang Pembunuhan saya masih dapat melihat kesan darah kering pada pokok (yang digunakan untuk menghempas kanak-kanak dengan tujuan membunuhnya), gigi, tulang dan helaian baju yang terkambus di dalam tanah (selain yang dikumpul dan dipamerkan), di S-21 masih ada tinggalan katil, bekas makanan, alat-alat penyiksaan, besi yang diguna sebagai gari dan darah kering pada lantai. Melihat ‘pusat tahanan’ tersebut dengan segala gambar mangsa termasuk lukisan teknik penyiksaan yang berlaku membuatkan saya tertanya ‘apakah yang mendorong kesanggupan rejim Khmer Rouge ini berbuat begitu?’

Saya mungkin bertuah kerana dapat bertemu dengan Bou Meng, salah seorang mangsa tahanan di S-21 yang masih hidup. Saya membeli bukunya sebagai satu sumbangan kecil untuk perkongsian besar yang dibuatnya. Ditambah tontonan beberapa cakera padat yang dibeli, saya cuba mencari jawapan kepada persoalan yang bermain di fikiran.

Bayangkan jika kita ditangkap tanpa mengetahui apa salah yang dibuat. Ketika ditanya, jawapan yang diterima cukup mengecewakan “Angkar tidak mungkin salah menangkap orang!”. Waktu itu, kita sentiasa berada di pihak yang salah kecuali mereka berpuas hati untuk mengatakan tidak – dan selalunya ini hampir tidak pernah berlaku.

Apakah kesalahan yang dimaksudkan? Mereka memberi pilihan “anda ini ejen siapa? CIA, KGB atau Vietnam?”. Cukup malang untuk orang yang hanya tahu Vietnam itu adalah negara jiran dan tidak sama sekali mengetahui apa itu CIA dan KGB. Namun, itulah pilihan jawapan yang dimahukan dan jawapan dengan mengatakan tidak terlibat dengan mana-mana daripada pilihan tersebut tidak tersenarai. Kesan daripadanya, anda mungkin ditampar, ditumbuk atau diterajang. Lebih buruk, anda akan dirotan dengan tali atau buluh, dihentak dengan kayu atau direjam dalam air. Ada juga yang kukunya dicabut, tubuh badan disiat dan ditaburkan garam serta yang dibaringkan sebelum dadanya dilompat-pijak berulang kali. Tidak hairanlah jika S-21 disebut sebagai konlaenh choul min dael chenh yang bermaksud ‘tempat di mana orang yang masuk ke sana tidak akan keluar’.

S-21 adalah neraka dunia. Sebaik sahaja masuk ke sana, ada 10 ‘peraturan keselamatan’ yang perlu diketahui oleh para tahanan.

1. Anda mesti menjawab segala pertanyaan dan tidak boleh menolaknya.

2. Jangan cuba melindungi fakta dengan membuat pre-teks itu dan ini. Anda tidak boleh sama sekali mencabar penyoal.

3. Jangan jadi bodoh mengatakan anda adalah seorang pemberani yang mahu menggagalkan revolusi.

4. Anda mesti terus menjawab soalan yang ditanya tanpa melengahkan masa untuk mengingat.

5. Jangan beritahu penyoal bahawa anda tidak bersalah atau anda turut sama berjuang dalam revolusi.

6. Sekiranya anda disebat atau dikenakan kejutan elektrik, anda tidak boleh meraung atau menangis sama sekali.

7. Jangan melakukan apa-apa. Duduk tegak dan tunggu arahan. Jika tiada arahan, diam. Jika anda disuruh melakukan sesuatu, anda mesti terus melakukannya tanpa soal.

8. Jangan membuat pre-teks tentang Krom Kemboja (orang Khmer yang tinggal di kawasan Sungai Mekong dan Selatan Vietnam – penulis) untuk menyembunyikan pengkhianatan anda.

9. Jika anda tidak patuh kepada semua peraturan di atas, anda akan disebat berulang kali dengan wayar elektrik.

10. Jika anda melanggar mana-mana peraturan, anda akan menerima sekurang-kurangnya 10 sebatan atau 5 kali kejutan elektrik.

Dengan penderaan yang dibuat, tahanan tidak punya banyak pilihan selain daripada mencipta kesalahan sendiri dan menyebut siapa saja nama yang dikenali mereka ketika ditanya tentang orang lain yang mempunyai jaringan perhubungan ini. Malangnya, nama-nama ini bukan sahaja tidak bersalah tetapi turut menjadi satu elemen pengesahan kepada dakwaan Angkar tentang kewujudan sejumlah besar pengkhianat di kalangan rakyat dalam negara.

Selain orang biasa, tahanan di S-21 juga terdiri daripada kader Angkar sendiri termasuk orang kanannya. Mereka dihukum kerana sikap paranoid Angkar terhadap elemen yang dianggap tidak cocok dengan mereka termasuk kerana mengatakan gerakan komunis di Kemboja wujud pada tahun 1951 di mana kenyataan itu secara tidak langsung mengiktiraf bantuan komunis Vietnam dalam menyusun gerakan komunisme di Kemboja dan bukan tahun 1960 iaitu ketika Pol Pot mula memimpin Jawatankuasa Pusat.

Ironi. Persaingan sesama negara komunis mempunyai dinamikanya sendiri. Vietnam yang lebih rapat dengan Kesatuan Soviet Rusia tidak mengambil mudah terhadap Kemboja yang dibantu oleh China.

Sasaran Angkar untuk menghasilkan beras sebanyak 3 tan satu hektar tidak tercapai. Mereka tidak mahu menggunakan teknologi dan mengerah semua rakyat yang dipindahkan ke pinggir bandar untuk mengusahakannya secara manual selama 12 jam sehari. Keadaan semakin buruk kerana jumlah besar daripada makanan yang dihasilkan dihabiskan oleh gerila dan kader Angkar.

Tentera Vietnam semakin mara dan menangkap sejumlah rakyat dan tentera Khmer Rouge di sempadan. Sebahagian tentera ini memilih untuk lari mendapatkan perlindungan Vietnam kerana mula merasakan situasi di Kemboja tidak lagi selamat, bahkan bertentangan dengan tujuan asal mereka menyertai revolusi. Salah seorang daripadanya ialah Leftenan Hun Sen, anak muda yang dilatih di kalangan mereka yang meninggalkan rejim Khmer Rouge untuk dijadikan pemimpin – dan beliau kini masih menjadi Perdana Menteri di Kemboja.

Krismas 1978 menyaksikan tentera Vietnam mara ke wilayah negara Kemboja untuk meluaskan sempadan selamatnya. 100,000 tentera yang masuk akhirnya menyedari bahawa rejim Khmer Rouge kian lemah dan Phnom Penh boleh ditawan dalam tempoh terdekat. Januari 1979, Pol Pot akhirnya berundur selepas menyedari bahawa rejim Khmer Rouge tidak lagi dapat bertahan.

Kini negara pasca pemerintahan kuku besi rejim Khmer Rouge diisytiharkan sebagai Republik Rakyat Kemboja. Namun, apa yang ditinggalkan oleh rejim Khmer Rouge ternyata lebih buruk daripada apa yang dapat dibayangkan oleh tentera Vietnam dan rakyat Kemboja yang bersama mereka. Vietnam hanya berundur dari Kemboja pada tahun 1989 dan Pol Pot yang tidak pernah mengaku kesalahannya kembali menggerakkan tentangan Khmer Rouge kepada kerajaan. Beliau sentiasa menyalahkan tentera Angkar yang didakwanya mendapat latihan tentera Vietnam. Beliau berdalih bahawa segala kezaliman bukanlah keinginannya tetapi tindakan sendiri tentera-tentera terbabit. Tentera-tentera ini, menurut Pol Pot, sentiasa memberikan khabar baik dalam laporan yang dibuat kepadanya.

Rundingan damai tidak berhasil. Pol Pot tidak pernah mengaku salah dan mengecam kerajaan yang ada sebagai bersekongkol dengan anasir luar. Kegagalan rundingan damai ini menyebabkan kerajaan Kemboja mengambil langkah mengumumkan pengampunan kepada mana-mana pengikut Khmer Rouge yang mahu menyerah dan kembali kepada kehidupan normal.

Pol Pot mengalami lumpuh pada pertengahan 1990-an. Namun, itu tidak menjadikan beliau lemah. Son Sen, orang kanan kepercayaannya telah diarah bunuh kerana cuba membuat rundingan damai dengan kerajaan. Pol Pot mati pada tahun 1998 sebelum sempat dibicarakan. Spekulasi mengatakan kematiannya mungkin disebabkan bunuh diri, berpunca daripada pengumuman di radio bahawa Khmer Rouge sedia untuk menghadapkan tokoh mereka itu kepada tribunal atas pertuduhan jenayah kemanusiaan.

Sukar untuk dipercayai namun itulah sebahagian sejarah pahit Kemboja. Mungkin kerana itu George Santayana menyebut kegagalan manusia mengingat sejarah akan menyebabkan mereka dikutuk kerana mengulanginya. Entah kenapa sejarah dikaitkan beliau dengan kutukan. Apakah memang sejarah buruk yang selalu berlaku justeru lebih banyak dikenang?

Kini ketua pusat tahanan S-21, Kaing Guek Eav (lebih dikenali sebagai Duch) berdepan tribunal. Beliau telah memeluk Kristian dan paderi yang membaptisnya mengatakan Duch pernah membuat pengakuan kesal akan dosa-dosa kepada rakyat. Dalam kenyataan lain, Duch menyatakan watak pelakon pembantu filem The Killing Field, Dr. Haing S. Ngor yang berjaya melepaskan diri ketika menjadi salah seorang tahanan rejim Khmer Rouge,  sebenarnya dibunuh melalui arahan Pol Pot. Sebagaimana pengakuan sebahagian gerila Khmer Rouge, Duch mengaku bahawa mereka hanyalah mata rantai yang sebenarnya berdepan dengan potensi dibunuh sekiranya tidak menjalankan tugas penyeksaan untuk mendapatkan maklumat atau membunuh tahanan di S-21. Sebagai ketua pusat tahanan, Duch  sedia mengambil tanggungjawab akibat kesalahan mereka sambil memohon hukuman diringankan.

Banyak buku, dokumentari dan filem didedikasikan kepada kisah pahit Kemboja. Saya berharap nanti akan dapat menambah koleksi sedia ada termasuk dua yang terbaru – Rain Falls from Earth (Surviving Cambodian’s Darkest Hour) dan Enemies of the People (A Personal Journey into the Heart of the Killing Fields). Saya fikir, mereka yang mahu memahami dekad gelap di Kemboja boleh memulakannya dengan filem The Killing Fields.

Dalam banyak keadaan, kita sememangnya cenderung untuk menolak campur tangan luar. Namun mungkin bukan pada setiap keadaan. Pengalaman Kemboja adalah kes yang mempunyai banyak sisi pelajaran dalam usaha kita memahami kompleksiti ideologi dan pembinaan negara.

Saya kian memahami mengapa Ikrar ASEAN (ASEAN Charter) menjadi satu usaha penting yang perlu diterjemah kepada komitmen tanpa berbelah bahagi. ASEAN telah melalui banyak sejarah pahit yang belum kunjung selesai. Anak mudalah yang harus menegaskan komitmen untuk mengembalikan maruah negara ASEAN sebagai wilayah aman, di mana maruah dan martabat insan dimuliakan melalui kedaulatan hukum, kebebasan, keadilan dan kejujuran integrasi. ASEAN harus belajar bahawa paksaan hanya boleh menyatukan kita pada satu tempoh masa tetapi idea boleh menyatukan manusia selamanya.

Jelasnya, kita hidup dalam sejarah yang penuh kisah baik buruk dan tidak ada utopia tahun kosong untuk mengusahakan masa depan yang lebih baik.

Tulisan ini telah disiarkan di webzibe JalanTelawi.com (berserta gambar).