Home Profil

Profil

Amin Ahmad ialah dilahirkan dan dibesarkan di Perlis Indera Kayangan pada 20 Februari 1982.

Bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma (SMKD), Kangar, Perlis. Beliau kemudian melanjutkan pengajiannya ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor dan diangkat menjadi Majlis Tertinggi Mahasiswa di Kolej Kediaman, Presiden di Fakulti Perhutanan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Naib Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Beliau pernah mewakili delegasi anak muda Malaysia dalam pelbagai program di peringkat ASEAN serta menerima biasiswa Frederic Bastiat untuk menghadiri kursus musim panas Universiti Cato di San Diego, California, Amerika Syarikat pada tahun 2008.

Beliau pernah bekerja di pelbagai lapangan antaranya bersama Merdeka Center dan Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). Beliau sering dijemput menghadiri pelbagai program sebagai panelis atau moderator antaranya oleh Institut Kajian Dasar (IKD), Open Dialogue Center (ODC), Middle Eastern Graduates Centre (MEGC), Republik Anak Muda (RAM), Youth for Political Education, Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS), UMNO, Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Persatuan Pelajar Sains Politik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta siaran televisyen di rancangan Di Luar Lingkungan (DLL) kelolaan Rancangan Televisyen Malaysia (RTM) dan pelbagai rancangan di Astro Awani.

Dengan nama pena Amin Ahmad, beliau juga sering menyumbang pelbagai tulisan dan pendapat di pelbagai media sebagai kolumnis/penulis tamu, penterjemah dan penulis bebas antaranya di webzine Jalan Telawi, akhbar online MStar, Ummah Online, Wau Bebas, Akademi Merdeka, Perak Express, Malaysian Insider dan Utusan Malaysia.

Minat dalam aktiviti rekreasi luar, beliau adalah mantan Ketua Jurulatih Kem Pendidikan Alam Sekitar Kebangsaan 2007 (KEMPAS 2007). Beliau juga pernah menjuarai Kejohanan Catur Merdeka kategori Remaja di peringkat negeri Perlis pada tahun 1995, 1998 dan 1999 dan mewakili negeri tersebut untuk permainan catur daripada tahun 1994 sehingga tahun 1998 dan turut mewakili negeri Perlis dalam sukan Ragbi Sentuh bawah-12 tahun (1994) dan Ragbi bawah-18 tahun (1999).

Beliau juga amat meminati muzik dan pernah bermain muzik sebagai penyanyi dan pemain gitar rhythm bersama kumpulan muzik underground, Flossy Distortion dalam satu gig di Perlis pada tahun 1999.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

© copyright aminahmad ยท by shujiokishima
credit