Noor Amin Ahmad

Parti Keadilan Rakyat (PKR)

Berusia 39 tahun, anak kelahiran Kangar ini mula mengorak langkah sebagai Ahli Parlimen Kangar setelah berjaya mendapat majoriti undi sebanyak 5,603 ketika bertanding kali pertama di kerusi Parlimen Kangar pada Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 2018 menentang Ramli Shariff (BN) yang hanya mendapat 15,306 undi. Sebelum ini, beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Projek dan Operasi IDEAS yang dinobatkan sebagai badan pemikir baru terbaik di Asia dan kelima terbaik di dunia pada 2013. Beliau juga mengasaskan Institut Kajian Kepimpinan dan Pembangunan (LEAD) pada 2014.
Awal Hidup

1982

Dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis pada 20 Februari 1982. Menjadi anak ketiga pasangan Ahmad bin Abdullah dan Tg Hamidah binti Mas Abdullah Akhir.

Awal Hidup
1982
Zaman Kanak-Kanak

Mengikuti pembelajaran awal di Tadika Huda. Kemudian belajar di Sekolah Rendah Kebangsaan Seri Indera dari darjah 1 hingga darjah 6. Aktif dalam pelbagai aktiviti sukan, badan beruniform dan persembahan. Mewakili negeri Perlis dalam permainan catur dan ragbi sentuh di Kejohanan MSSM.

Zaman Kanak-Kanak
Sekolah

SMK Derma, 1995-1999

Menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Derma. Mewakili negeri Perlis dalam permainan catur di Kejohanan MSSM dan Catur Merdeka serta ragbi bawah 18 tahun di Kejohanan MSSM.

Sekolah
SMK Derma, 1995-1999
Universiti

UPM - Diploma Perhutanan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan

Menerima tawaran menyambung pengajian dalam bidang Diploma Perhutanan di Universiti Putra Malaysia (UPM). Mula mengembang idealisme, intelektualisme dan aktivisme mahasiswa. Menjadi Presiden Persatuan Mahasiswa Fakulti Perhutanan. Dipilih sebagai anggota Majlis Perwakilan Pelajar. Mendapat undi tertinggi dalam Pilihan Raya Kampus UPM 2004/2005. Penerima Anugerah Naib Canselor UPM 2006.

Universiti
UPM - Diploma Perhutanan dan Ijazah Sarjana Muda Sains Perhutanan
Kerjaya Awal

UPM, Malaysia Think Tank London dan Merdeka Center

Bertugas sebagai Pembantu Penyelidik di Fakulti Perhutanan UPM dari tahun 2007-2008. Pada masa yang sama menjadi Penyelidik Malaysia Think Tank London, sebuah badan pemikir baru berpusat di London. Pada tahun 2009, menjadi Penyelaras Projek Penyelidikan Islam dan Demokrasi di Malaysia bersama Merdeka Center for Opinion Research.

Kerjaya Awal
UPM, Malaysia Think Tank London dan Merdeka Center
Kegiatan Umum

Pemikir Awam

Menjadi tetamu undangan dan nara sumber bagi pelbagai forum awam, sama ada di rancangan bual bicara televisyen seperti Astro Awani, RTM dan Bernama TV. Selain itu sering menjadi panel atau pembicara dalam pelbagai forum atau sesi bengkel/latihan/seminar anjuran pelbagai pihak.

Kegiatan Umum
Pemikir Awam
Kerjaya

Pegawai Menteri Besar Selangor dan Pengurus Operasi dan Projek IDEAS

Ditawarkan menjadi Pegawai Komunikasi kepada YAB Dato' Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim antara tahun 2010-2012. Kembali berkhidmat di IDEAS (nama baru Malaysia Think Tank London yang mula beroperasi di Malaysia). IDEAS dinamakan sebagai antara lima (5) badan pemikir baru paling berpengaruh di dunia pada tahun 2013 dalam satu kajian oleh University of Pennsylvania, Amerika Syarikat.

Kerjaya
Pegawai Menteri Besar Selangor dan Pengurus Operasi dan Projek IDEAS
Politik

Pegawai Komunikasi, Pengurus Operasi IDEAS, Koordinator Perkaderan

Mula terlibat dalam politik pada awal Februari 2010 apabila bertugas sebagai Pegawai Komunikasi Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim. Walaupun kontrak dilanjutkan, tetapi memilih kembali bertugas di IDEAS sebagai sebagai Pengurus Projek dan Operasi dan menguruskan projek besar seperti Menjadi Pemerhati PRU13 dan Koordinator Perkaderan Dan Latihan Pemerhati Pilihanraya Umum Malaysia.

Politik
Pegawai Komunikasi, Pengurus Operasi IDEAS, Koordinator Perkaderan
Menyertai Politik Kepartian

PRU-13

Meskipun terlibat dengan Gerakan Reformasi jauh lebih awal, hanya membuat keputusan menjadi anggota KEADILAN pada tahun 2011. Diminta bertanding di kerusi DUN Kuala Perlis dalam PRU-13. Hanya berjaya mengurangkan lebih 40 peratus majoriti undi penyandang sebelumnya yang mewakili Barisan Nasional (BN).

Menyertai Politik Kepartian
PRU-13
Kerjaya

Pengasas LEAD dan Pengurus Diwan Reformasi

Mengasaskan Institut Kajian Kepimpinan dan Pembangunan (LEAD), sebuah syarikat penyelidikan, perundingan dan latihan dasar politik-ekonomi sejak 2014. Pada tahun yang sama diminta oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menguruskan Diwan Reformasi, Demokrasi dan Pengupayaan Masyarakat, sebuah badan penyelidikan, perundingan dan latihan untuk beliau mengembangkan idea-idea reformasi.

Kerjaya
Pengasas LEAD dan Pengurus Diwan Reformasi
Pilihan Raya Bersejarah

Menjadi Ahli Parlimen

Dinamakan sebagai calon PRU-14, mewakili Parti KEADILAN Rakyat-Pakatan Harapan di kerusi Parlimen Kangar. Mencipta sejarah apabila menang mengalahkan mantan senator, Mohd Ramli Shariff yang mewakili UMNO-Barisan Nasional (BN).

Pilihan Raya Bersejarah
Menjadi Ahli Parlimen